SHUN THING (kanan) dan Teck Hua meraih pingat emas selepas menewaskan gandingan Thailand pada perlawanan akhir semalam. PASUKAN bola tampar pantai wanita negara menghadirkan pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean (SUA) XIV di Family Park, Bukit Jalil semalam. Malaysia A yang diwakili Beh Shun Thing dan Luk Teck Hua muncul juara selepas menewaskan gandingan Thailand, Kasine Kudtalang dan Usa Tentaksee 21-18, 21-17 pada perlawanan akhir. "Ini kali pertama bola tampar pantai dipertandingkan dalam temasya ini dan sememangnya ia saat yang saya nanti-nantikan. "Hari ini (semalam) saya sungguh gembira kerana berjaya merangkul pingat emas. "Saya amat bertuah kerana bergandingan dengan Teck Hua sehingga dapat meraih kejayaan ini," kata Shun Ting kepada Kosmo! semalam. Teck Hua pula berkata, setelah sekian lama terlibat dalam acara bola tampar pantai, kejayaan semalam dianggap satu pencapaian membanggakan. "Kejayaan hari ini (semalam) sememangnya sesua...