yasmin@kosmo.com.my MOHAMED BASIR (dua dari kanan) melihat trofi Golf Terbuka Malaysia 2009 pada majlis pelancaran kejohanan itu di Saujana Golf & Country Club, Subang semalam. KEJOHANAN Golf Terbuka Malaysia Maybank 2009 bakal menyaksikan penampilan beberapa bintang dunia. Antara pemain terkemuka yang telah mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan yang akan berlangsung di Saujana Golf & Country Club, Subang pada 12 hingga 15 Februari depan ialah bintang Amerika Syarikat, Anthony Kim dan pemain No. 1 Jepun, Shingo Katayama. Menurut Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Datuk Robin Loh, kehadiran bintang golf tersebut dilihat mampu menarik minat serta meningkatkan keyakinan pemain muda tempatan untuk menjadi pemain bertaraf antarabangsa suatu hari nanti. "Bagi saya, peluang ini harus digunakan dengan sebaik mungkin oleh peminat golf tempatan kerana bukan mudah untuk menyaksikan kejohanan bertaraf dunia yang hanya diadakan setahun sekali ini. "Kehadiran bin...