Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hoki

KLHC Cipta Hatrik Juarai Piala TNB 2012

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mencipta hatrik apabila mengulangi kejuaraan buat kali ketiga selepas menewaskan pasukan Tenaga Nasional Bhd (TNB) 3-0 pada perlawanan akhir Piala TNB 2012 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, malam Rabu. Perlawanan akhir itu yang pada awalnya dijadualkan bermula pada pukul 8.30 malam terpaksa ditangguhkan hampir satu jam akibat hujan lebat. Juara Liga Hoki Malaysia 2010 dan 2011 itu meraih gol pertama menerusi jaringan padang oleh penyerang, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil seawal minit ke-11. Dua minit kemudian, KLHC mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua menerusi Ismail Abu, juga menerusi jaringan gol padang. KLHC terus mendominasi perlawanan dan menambah tekanan kepada TNB dengan jaringan gol padang ketiga mereka menerusi Muhammad Amerullah Abdul Aziz, seminit sebelum rehat. -- BERNAMA

MHC President Offers To Contest Post Of FIH Executive Board Member

KUALA LUMPUR, Sept 23 (Bernama) - Malaysian Hockey Confederation (MHC) president Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah has offered to contest the post of International Hockey Federation (FIH) executive board member. Tengku Abdullah said today agreed to contest the post at FIH congress here from November 2-4 after MHC council members nominated his name to FIH. "Since the MHC council members nominated my name, I accept the nomination with an open heart," he said after chairing the MHC council meeting here. Tengku Abdullah said the MHC annual general meeting (AGM) will be held on October 20 in Kuantan, Pahang to mark the 50th Tun Razak Cup Hockey tournament from October 14-20. --BERNAMA

Enam Negara Akan Berentap Rebut Piala Sultan Johor Nov

JOHOR BAHARU, 22 Sept (Bernama) -- Enam pasukan akan berentap di Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya di sini dari 11 hingga 18 Nov. Pasukan-pasukan tersebut ialah Malaysia, Australia, New Zealand, Pakistan, India dan Jerman. Kejohanan itu merupakan platform terbaik bagi persediaan menghadapi Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi. Presiden Persekutuan Hoki Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap pasukan negara akan dapat mempertahankan kejuaraan di dalam kejohanan itu. "Saya harap pasukan kita akan dapat mengekalkan gelaran kerana kita adalah juara bertahan. Ini adalah pasukan masa depan kita dan saya percaya mereka mampu melakukannya," ujar baginda. Tengku Abdullah menegaskan demikian pada sidang akhbar pelancaran kejohanan tersebut oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari in. Kejohanan yang diiktiraf Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) mendapat tajaan bernilai lebih RM1 juta daripada...