Skip to main content

Posts

Showing posts with the label KBS

KBS Tidak Berhasrat Pindahkan Pusat Latihan Berbasikal Trek Negara Sekarang

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak berhasrat untuk memindahkan pusat latihan berbasikal trek negara di Melbourne, Australia ke velodrom tertutup baharu yang bakal dibina di Negeri Sembilan. Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata walaupun kos keseluruhan perbelanjaan atlet berbasikal trek negara di negara Kanggaru itu mencecah RM1 juta setahun, pihaknya berkeyakinan ia masih munasabah. "Kos ini (RM1 juta setahun) saya rasakan masih lagi dalam kemampuan kita (KBS) untuk menanggungnya, jadi itu bukan alasan utama untuk kita memindahkan pusat latihan berbasikal trek negara buat masa kini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan OCBC Cycle Malaysia 2013 di sini, pada Selasa. Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) baru-baru ini supaya latihan skuad negara di Melbourne ditamatkan, untuk menjimatkan kos, selepas velodrom yang diumum kerajaan menerusi Belanjawan 201...

Perselisihan MSN-MOM Adalah Masalah Individu - Ahmad Shabery

PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Perselisihan yang dikatakan berlaku antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebenarnya merupakan masalah individu yang terlibat dalam organisasi terbabit, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Justeru katanya, ia tidak seharusnya dilihat sebagai perbalahan antara dua institusi berkenaan. "Saya lihat ini masalah individu, orang yang tertentu, bukannya organisasi," katanya mengulas mengenai perselisihan itu ketika ditemui pemberita di sini pada Isnin. Industri sukan tanah air baru-baru ini gempar apabila Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong memfailkan notis tuntutan terhadap Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi atas pertuduhan mempersoalkan kredibiliti dan peranan MSN dalam pembangunan sukan negara. Notis itu meminta penjelasan tindakan Sieh yang kredibiliti MSN Olimpik 2012 London Ogos lalu, di mana MSN memilih ratu renang negara Pandelela Rinong manakala MOM mengatakan jagu...

Parliament: Ministry Focusing On Long Term Programme For Future Olympics

KUALA LUMPUR, Sept 24 (Bernama) -- The Youth and Sports ministry will focus on a long term training programme to prepare athletes to win the country's first ever gold medal in the Olympics. Its Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said though the ministry's immediate focus would be on the 2016 Olympics in Rio de Janeiro in Brazil, there would also be a continuous programme for the 2020 Olympics. "Discussions with various relevant parties is aimed at focusing for the 2016 Olympics and the subsequent Olympics. "This is to ensure a continuous programme to develop and prepare athletes for the task," he said when answering Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) at the Dewan Rakyat here Monday. Shamsul had wanted to know the achievements and weaknesses identified at the 2012 London Olympics and the ministry's future plans.