TUAN rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2010, Melaka tetap akan menganjurkan 25 jenis sukan seperti yang diputuskan oleh mesyuarat Majlis Sukan Malaysia pada Julai lepas. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, ia diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa tertinggi Sukma di Melaka pagi semalam yang menolak rayuan daripada persatuan-persatuan sukan untuk menambah beberapa acara pada temasya itu nanti. "Sebenarnya dalam menimbang rayuan itu, kami perlu mengambil kira beberapa faktor seperti keadaan ekonomi semasa dan kemudahan infrastruktur yang diperlukan untuk menjalankan acara tersebut," katanya semalam. Beliau berkata, antara rayuan penambahan acara yang ditolak ialah sukan futsal dan tenis. "Manakala bagi acara taekwando pula, Persatuan Taekwando Malaysia yang kini berdepan masalah dalaman perlu menyelesaikan permasalahan itu sekurang-kurangnya setahun sebelum kejohanan," katanya. Menurutnya jika gagal, acara sukan itu tidak akan dipe...