Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Shooting

Benjamin guns down another national record

Young national elite shooter Benjamin Khor is on track for next month’s Commonwealth Games in Glasgow.  The 20-year-old set a new national record in the men’s double trap event at the ISSF World Cup in Munich, Germany, on Monday. He shot 28-29-25-24-30 for a total of 136 points to finish 31st out of 51 competitors to better his own national mark of 132. It was the second time Benjamin had broken the national record this year. In April, he rewrote his own national mark by shooting 132 to beat the old record of 130 at the Iskandar Trophy championships. “I’m really delighted I managed to get a pretty decent score. Unfortunately, I was a little affected by the two bad rounds (third and fourth), but I’m satisfied with how it all turned out,” said Benjamin.  “Managing to shoot a perfect score in the last round is a big confidence booster. I just received my new gun (Perazzi shotgun courtesy of Kulim Malaysia Berhad) and been working on i...

Jasni tekad mahu lahir lebih ramai bakat baru

MEJAR (B) Jasni Shaari menyuarakan tekad besar mahu menambah lagi bilangan penembak negara yang bakal bersaing di pentas antarabangsa, khasnya di Sukan Olimpik 2012 di London. Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) itu memberi reaksi awalnya selepas menamatkan perkhidmatan selama 36 tahun sebagai pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula, kelmarin. "Saya mempunyai lebih banyak masa sekarang dan boleh memberi tumpuan kepada sukan menembak," kata bekas penembak kebangsaan itu. Menurutnya, sebagai permulaan dia akan melaksanakan segala perancangan yang diatur sepanjang tahun 2009 dengan tumpuan kepada tiga kejohanan terbesar di rantau Asia dan Australia. Kejohanan yang menjadi keutamaan itu ialah Festival Olimpik Remaja Australia di Sydney minggu depan, Sukan Remaja Asia di Singapura pada Julai dan Sukan Sea Laos, Disember ini. Selain itu tumpuan juga diberi kepada kejohanan menembak tahunan Asia Tenggara, Piala Dunia ISSF di Korea, Beijin...

Empat pingat emas acara menembak

Ahmad Aqqad meraih pingat emas dalam acara 50m rifle prone individu lelaki. SKUAD menembak negara berjaya memenangi empat pingat emas pada hari ketiga acara menembak Sukan Universiti Asean (SUA) XXIV di Lapang Sasar Kebangsaan, Subang semalam. Empat emas itu diperoleh bagi kategori 50 meter rifle prone individu dan berpasukan lelaki serta 25m standard pistol individu dan berpasukan lelaki. Semalam, bidikan Ahmad Zhafri Zamil membantu skuad negara meraih pingat emas kategori 25m standard pistol individu lelaki dengan mengumpul 532 mata. Pingat perak dan gangsa bagi acara tersebut diraih penembak negara, Hafiz Adzha dan Mohd. Syawal Othman selepas masing-masing mengutip 526 dan 509 mata. "Saya tidak sangka dapat mengumpul lima pingat emas sejak acara menembak bermula pada Selasa dan akan berusaha untuk melakukan yang terbaik," kata Ahmad Zhafri semalam. Kutipan pingat emas kedua negara diperoleh dalam acara 50m rifle prone individu lelaki menerusi Ahmad Aqqad Yahya Ari...