Ismail Sabri Yaakob PUTRAJAYA - Pembangunan sukan di peringkat akar umbi bakal mendapat sentuhan baru yang dijamin mampu menjanjikan kejayaan yang lebih besar menerusi kerjasama serampang tiga mata melibatkan tiga kementerian - Belia dan Sukan, Pelajaran dan Pengajian Tinggi mulai tahun depan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan menyediakan peruntukan kewangan dan jurulatih manakala Kementerian Pelajaran mencungkil bakat pelajar sekolah sementara Kementerian Pengajian Tinggi menyusuli langkah menggilap terus atlet yang sudah memasuki universiti atau menuntut di luar negara. "Kalau dulu Program Tunas Cemerlang yang dijalankan cuma bermula di sekolah menengah tetapi kali ini kita mahu mencungkil bakat atlet dibuat sejak sekolah rendah lagi. Kami akan mengeluarkan perbelanjaan dan melatih guru sekolah di bawah jurulatih profesional dan berpengalaman manakala Kementerian Pelajaran cuma menyediakan pelajarnya. "Apabila atlet itu s...