SKUAD karate negara berjaya mencapai sasaran dengan meraih enam pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean (SUA) XIV yang berakhir di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi semalam. Semalam, tiga lagi pingat emas dan satu perak diraih atlet negara, sekali gus menjadikan kutipan keseluruhan tujuh emas, enam perak dan enam gangsa. Pada saingan semalam, pingat emas pertama negara diperoleh menerusi P. Pavitern dalam acara kumite lelaki 80 kilogram (kg) ke atas. Dia muncul juara selepas menewaskan atlet Singapura, Shah Khan Muhammad Khairuldin. Mohd. Hatta Mahamut meraih pingat emas kedua negara menerusi acara kumite lelaki 75kg ke atas setelah menewaskan atlet Indonesia, Repael Meirizy. V. Jayaseelan menyumbang emas ketiga negara menerusi acara kumite lelaki 80kg ke bawah selepas menewaskan atlet Thailand, Santi Ruema. Sementara itu, pingat gangsa diperoleh menerusi C. Maalani dalam acara kumite terbuka wanita. Pengurus pasukan karate negara...