sukan@kosmo.com.my BARISAN bawah 14 yang akan bersaing di Sri Lanka. WALAUPUN tersentak dengan penarikan diri Afrika Selatan dua minggu lepas, Kejohanan Kriket Trofi Melayu Antarabangsa VIII di Colombo, Sri Lanka masih diteruskan oleh penganjur, Kelab Sukan Moors. Presiden Moors, Shafeek Rajabden mengumumkan kepada media di Colombo semalam bahawa pihaknya akan mempertaruhkan tiga perlawanan 50 over dalam acara senior walaupun Melayu Malaysia hanya menyenaraikan barisan bawah 19. Katanya, bagi acara remaja bawah 14, tiga pasukan akan mengambil bahagian iaitu Moors, Melayu Malaysia sebagai juara bertahan dan pasukan kuat, CCC School of Cricket dari Sri Lanka. ''CCC menjadi pilihan kerana mereka adalah rakan rapat Persatuan Kriket Melayu Malaysia termasuk sekutu penting Moors,'' kata Rajabden yang juga anggota parlimen Sri Lanka. SHAM... Ketua rombongan Melayu Malaysia. Melayu Afrika Selatan adalah juara bertahan acara senior dan ketidakhadiran mereka pada saat ...