MAJLIS Sukan Negara (MSN) diminta supaya lebih berwaspada ketika mengendalikan kem latihan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini selepas tiga atlit pelapis mengalami kecederaan ketika menyertai latihan anjurannya. Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai pengajaran berguna kepada semua pihak termasuk MSN sendiri, Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), Mejar (B) Jasni Shaari, berharap MSN perlu lebih peka pada masa depan. “MSN selaku penganjur seharusnya peka terhadap keperluan atlit daripada sukan tertentu ketika mereka menjalankan sebarang aktiviti termasuk program yang membabitkan fizikal, lebih-lebih lagi ke atas atlit pelapis yang baru berjinak dengan sukan,” katanya. Beliau mengulas mengenai laporan dua atlit pelapis menembak, Elsa Chew, 16, dan Mohd Asnan Shamsuddin, 15, yang mengalami kecederaan ketika menjalani Kem Bakat Atlit Pelapis anjuran Cawangan Atlit Pelapis MSN. Elsa dilaporkan disyaki mengalami retak di rusuk manakala Asnan dikataka...