Skip to main content

Posts

Showing posts with the label BOLASEPAK

Appointment of Dollah Salleh as Harimau Malaya coach good enough - Khairy

In other news, Dollah Salleh has been appointed as our new national head coach! pic.twitter.com/1MaK3e1keZ — twtbola / bayBola (@twt_bola) June 28, 2014 The appointment of a local coach for the Harimau Malaya squad is sufficient, based on the squad's current performance and existing crop of players, says Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. He was commenting on the decision of the Football Association of Malaysia (FAM) to appoint Dollah Salleh as the football national chief coach from June 28 to replace Datuk K.Rajagobal whose contract was not renewed at the end of last year. Prior to this, FAM had listed two German coaches, Gert Engels and Wolfgang Sidka, as among the three short-listed candidates for the post which was vacant since last Dec 31. Khairy said he was not agreeable to FAM's earlier proposal to hire a foreign coach for the national squad as it would involve a high expenditure. "I have high hopes for the national squad after this ...

Rajagobal bakal Rajagobal bakal didakwa didakwa

Kelana Jaya: Kritikan pengendali skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal mengenai kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) akhirnya menjerat dirinya sendiri apabila beliau bakal didakwa atas kesalahan melanggar Artikel 88 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Dengan kedudukannya mula goyah berikutan aksi kurang memberangsangkan Harimau Malaya sejak akhir-akhir ini, jurulatih berusia 56 tahun itu berdepan satu lagi tekanan apabila surat pertuduhan ke atasnya akan dihantar minggu depan sebelum beliau menghadap Jawatankuasa Tatatertib. Keputusan untuk membuat pendakwaan itu diumum Datuk Taufek Abd Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang berlangsung lebih empat jam semalam. “Kita sudah berbincang dengan panjang lebar untuk menentukan sama ada ia ada merit atau tiada merit. Merit bukan bermakna Rajagobal bersalah tapi kita buat keputusan kertas pertuduhan akan dihantar kepada Rajagobal. “Ini bermakna kami mempunyai kes untuk mendakwa R...

Pahang, Selangor Dan Perak Catat Kemenangan Pertama Liga Super Musim Ini

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Pendatang baru Liga Super musim ini, Pahang bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatatkan kemenangan tipis, 3-2 ke atas pasukan berbelanja besar, Johor Darul Takzim FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam Selasa. Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-10 sebelum bekas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha menambah gol kedua pada minit ke-25. Skuad Tok Gajah yang tidak berputus asa bangkit mengurangkan defisit jaringan menerusi Mohd Fauzi Roslan pada minit ke-48 sebelum beliau mencipta gol peribadi kedua pada minit ke-72. R.Surendran muncul wira pasukan Pahang dengan gol kemenangan pada minit ke-82 untuk membolehkan mereka mengutip tiga mata pertama sekaligus menerajui takhta Liga Super. Turut mencatatkan kemenangan ialah Selangor yang menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Shah Alam hasil jaringan S. Kunalan pada minit ke-68. -- BERNAMA

Safee tidak digantung

KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam selepas laporan Safee Sali tidak dibenarkan beraksi pada peringkat antarabangsa ekoran kemelut liga bola sepak Indonesia, semalam pengurus pemain itu, Zakaria Rahim tampil menafikan berita tersebut. Zakaria menjelaskan, tidak wujud sama sekali isu Safee digantung kerana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak pernah mengenakan denda ke atas pegawai dan pemain dari 32 pasukan yang beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) seperti yang didakwa. Menurutnya, pengesahan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay ketika dia menemui pegawai AFC itu semalam. Malah, katanya AFC mengesahkan Safee tiada masalah untuk menyarung jersi kebangsaan. "Saya menemui Alex di Rumah AFC dan pihaknya tidak tahu menahu mengenai surat yang dihantar oleh PSSI kepada FAM. Malah belum ada sebarang makluman daripada FIFA bahawa PSSI sedang digantung. "FIFA juga tidak pernah memberikan arahan menggantung 32 kelab di...