JOHOR BAHARU, 2 Nov (Bernama) -- Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu semua pemain pasukan Johor dan Johor United memiliki tahap disiplin, dedikasi dan integriti yang tinggi. Tunku Mahkota Johor itu bertitah tiga elemen itu penting bagi memastikan usaha mencapai misi pasukan yang akan bersaing pada Liga Super dan Liga Perdana tahun depan itu tercapai. "Dengan mempunyai ketiga-tiga elemen ini, kita akan berjaya mencapai misi kita," titah baginda selepas majlis menandatangani kontrak pemain Liga Super dan Liga Perdana Johor di sini Jumaat. Saingan Johor pada Liga Super akan dibawa oleh pasukan Johor yang dipimpin pengurus merangkap ketua kebangsaan, Ismail Ibrahim dipertanggungjawabkan sebagai jurulatih. Saingan negeri pada Liga Perdana pula akan dipikul oleh Johor United dengan Onn Jabar dilantik sebagai pengurus manakala ketua jurulatihnya pula adalah bekas pemain Johor, Azmi Mohamed.