FAIRUZIZUAN (kanan) dan Zakry menjawab soalan pemberita selepas menjuarai Terbuka Indonesia kelmarin. FAM perkenal format baru Oleh Baharom Bakar Adakan mesyuarat khas dengan semua pengurus, setiausaha persatuan KECULASAN Persatuan Bola Sepak negeri untuk melepaskan pemain yang dipilih menyarung jersi kebangsaan serta penyusunan semula jadual perlawanan bagi mengelak pertembungan persaingan musim depan, akan dibincangkan pada mesyuarat khas pengurus pasukan dan setiausaha persatuan, 22 dan 23 Julai depan. Pada mesyuarat itu, semua pengurus serta setiausaha persatuan diminta mengemukakan cadangan bagi memudahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan format baru untuk menghadapi saingan musim depan. Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata, semua cadangan dikemukakan pada mesyuarat selama dua hari itu akan diteliti dan format baru hasil cetusan idea pengurus dan setiausaha persatuan akan dilakukan bagi me...