Skip to main content

Posts

Skuad Olimpik ikat Lebanon 0-0

KUALA LUMPUR - Skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Lebanon 0-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 di Stadium Sports City, Beirut, semalam. Aksi pemain bawah 23 tahun negara boleh dipuji selepas berjaya bertahan dengan baik mengekang asakan lawan dan sekali-sekala cuba mengancam melalui beberapa percubaan yang hampir menghasilkan gol. Bagaimanapun, aksi separuh masa pertama memperlihatkan Malaysia lebih gemar untuk bertahan dan hanya beberapa kali melakukan serangan balas pantas ke arah kubu lawan menerusi dua percubaan tepat. Kedua-dua percubaan tersebut dilakukan oleh Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-11 dan susulan rembatan dari bahagian kanan gawang Lebanon berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Mohamad Hijazi. Malaysia sekali mempunyai peluang terbaik untuk merobek gawang lawan pada minit ke-21 selepas Mohd. Fandi Othman melakukan...