Skip to main content

Posts

Cardiff City banggakan Malaysia

Pengurus Cardiff, Malky Mackay (kanan) dan Chan Tien Ghee meraikan kejayaan mara ke final Piala Liga, semalam. - AFP KUALA LUMPUR - Kejayaan Cardiff City mara ke perlawanan akhir Piala Liga semalam turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menganggap ia satu kebanggaan buat negara. Kelab dari Wales itu yang dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Liga selepas menumpaskan Crystal Palace menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir kedua. Menurutnya, selain dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia, kelab yang beraksi di divisyen satu di England itu turut memakai jersi yang tertera nama negara dan ia layak untuk disebutkan sebagai satu sejarah. "Saya amat gembira dengan kejayaan ini, kita juga masih mempunyai dua kelab di Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers dan Aston Villa di mana pada jersi kedua-dua pasukan tersebut mempunyai kaitan deng...