Skip to main content

Posts

Harimau Muda tunjuk taring

Md. Rozaimi Abd. Rahman meledak empat gol ketika Malaysia mengalahkan Filipina pada Kelayakan Piala AFC di Myanmar, semalam.    KUALA LUMPUR - Skuad negara membelasah Filipina 7-0 pada perlawanan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala AFC di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar semalam yang sekali gus menebus kehampaan tewas 2-3 kepada Korea Selatan pada perlawanan pembukaan, Sabtu lalu. Skuad Bawah 22 tahun bimbingan Ong Kim Swee garang sebaik sahaja perlawanan dimulakan apabila tidak menunggu lama untuk meledakkan gol sulung menerusi penyerang Sabah, Md. Rozaimi Abd. Rahman pada minit kedua. Rentak cemerlang pasukan muda negara berterusan apabila menggandakan asakan dan memperoleh gol kedua menerusi pemain pertahanan, Mohamad Fandi Othman pada minit ke-32. Selang tiga minit, Rozaimi meletakkan Malaysia pada kedudukan yang cukup selesa apabila menyumbat gol ketiga, sebelum Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menjaringkan gol keempat lima minit sebelum wisel pena...