Skip to main content

Posts

Empat Pemain Baharu Skuad Projek 2013 Perlu Buktikan Kemampuan Masing-masing - Dharma

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Empat pemain baharu dalam skuad hoki Projek 2013 perlu memanfaatkan peluang yang diberikan semasa skuad itu mengadakan siri ujian perlawanan persahabatan di Eropah, bermula esok. Ketua jurulatih skuad remaja itu, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata siri ujian berkenaan merupakan medan terbaik bagi Joel Samuel Van Huizen, Faridzul Afiq, Muhd Redzhwan Jaafar dan Muhd Azrul Hasbullah, untuk membuktikan kemampuan masing-masing bagi terus mendapat tempat dalam skuad bimbingannya. "Empat pemain ini merupakan antara muka-muka baharu yang terpilih dalam skuad Projek 2013 dan saya berharap mereka akan menggunakan ujian perlawanan persahabatan di Eropah bagi memperbaiki persembahan masing-masing. "Siri ujian adalah penting untuk saya menilai prestasi pemain dan saya mengharapkan mereka mampu menghasilkan keputusan positif. Namun itu bukanlah keutamaan saya kerana apa yang lebih penting ialah kesemua pemain mendapat pendedahan ...