MOM tak resah jumlah atlit layak ke Beijing Oleh Lukman Salleh SUKAN Olimpik 2008 di Beijing hanya tinggal 167 hari dan angka atlit Malaysia yang layak ketika ini cuma 13 � satu bilangan yang cukup kecil tetapi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pantas menepis keresahan bahawa ia bukan senario yang cukup membanggakan buat kontinjen negara ketika ini. Sebaliknya, MOM berasa yakin bahawa menjelang Temasya XXIX bermula 8 Ogos ini, lebih banyak atlit Malaysia akan layak malah ia akan dapat mengatasi angka 26 yang berjaya menempah tiket ke Athens empat tahun lalu. "Jangan terlalu risau," kata Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi. "Jumlah atlit yang layak ke Beijing pasti akan meningkatkan, malah saya yakin bahawa bilangannya akan mengatasi 26 atlit yang beraksi di Athens. "Walaupun ketika ini tampak atlit berjaya melayakkan diri ke Beijing berlangsung dengan agak perlahan tetapi perlu ingat ada beberapa sukan ya...