Second Season CYC Kicks Off In August
KUALA LUMPUR, 27 March (Bernama) -- The second edition of the Under- 19 Champions Youth Cup (CYC) will kick off on August 2, with 16 clubs and national teams vying for the title.
Ten out of the sixteen teams are prominent European-based clubs, led by defending champions Manchester United that narrowly beat Juventus of Italy 1-0 in last year's final at the National Stadium in Bukit Jalil.
The teams participating include Chelsea (England), Juventus (Italy), AC Milan (Italy), Bayern Munich (Germany), Barcelona (Spain), Ajax (Holland), PSV Eindhoven (Holland), Olympique Lyonnais (France) and FC Porto (Portugal).
The other teams are two South American clubs, Flamengo (Brazil) and River Plate (Argentina) and the national squads of four Asian countries -- Qatar, India, Malaysia and Japan, which has yet to confirm its participation.
Gifted Group chairman Jonathan Price said the 16 teams would be divided into four groups and only two top teams in each group would qualify for the quarter-finals.
All group and quarter-final matches will be held at several state stadiums, while the semi-final and final matches will be played in Kuala Lumpur.
Price said Gifted Group, in cooperation with the Youth and Sports Ministry, Education Ministry and the Football Association of Malaysia (FAM), would hold 28 coaching clinics, providing 200 youngsters the opportunity to train and learn from selected professional players plying their trade with the world's biggest clubs.
Besides that, Price said Ajax's youth academy, a world-renowned football training centre for turning talented young players into top footballers, would work closely with FAM, the National Sports Council and Education Ministry to draw up a special football curriculum and operational infrastructure for state football schools for under-17 and under-14 players.
"The Ajax academy will also conduct two-week training camps for Malaysian under-16 and under-14 talents as well as coaching of coaches and goalkeepers," he said, adding that two Malaysian footballers, Bunyamin Omar and Badrul Baktiar, would have a two-week stint with Chelsea next month.
Meanwhile, Youth and Sports Deputy Minister Wee Jeck Seng said his ministry fully supported the CYC as it created grassroot football development programmes.
-- BERNAMA
Sistem rating perlu diperhalusi
Oleh Ahmad Khawari Isa
ADA 'persamaan menarik' di antara majoriti persatuan sukan kebangsaan yang berstatus lima bintang dengan badan induk yang hanya disemat satu atau tiada bintang selepas proses rating oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), baru-baru ini.
Persamaannya? Majoriti persatuan itu, sama ada di puncak ataupun di dasar rating berkenaan, semuanya 'hidup' kerana sumber kewangan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) yang membiayai keseluruhan program anjuran mereka.
Lantas, apa beza sebenar ‘lima bintang’ ataupun ‘tiada bintang’ jika majoriti persatuan sukan sebenarnya tidak mampu untuk hidup berdikari?
“Saya akui bahawa proses rating itu tidak memberi penekanan kepada sumber kewangan persatuan sukan kebangsaan. Apa yang lebih ditekankan ialah sama ada persatuan sukan mempunyai program dan ianya berjalan dengan baik.
“Jika mereka ada program dan ianya berjalan baik, persatuan akan diberi mata dalam proses rating itu.
“Jika mereka berjaya mendapatkan sumber kewangan sendiri, ada juga mata tambahan diberikan,” akui Timbalan Presiden MOM, Datuk Dr M Jegathesan, yang diberi tanggungjawab mempengerusikan proses rating itu.
Namun apa yang ketara ialah faktor mampu berdikari dan bukannya terus bergantung kepada mentaliti subsidi - di sebalik kecaman pelbagai pihak terhadap persatuan sukan kebangsaan sebelumnya - diakui kurang diberi penekanan.
Dr Jegathesan bagaimanapun menegaskan MOM bersikap terbuka dalam proses rating itu, dengan cadangan serta maklumbalas daripada semua pihak dialu-alukan untuk memastikan proses itu mampu terus dipertingkatkan.
“Ini adalah kali pertama kami melakukan rating untuk persatuan. Sudah tentu ada kekurangannya. Proses ini juga merangkumi pelbagai aspek lain, termasuk kepimpinan dan pencapaian selain aspek penganjuran program,” katanya.
Pada masa sama, Dr Jegathesan turut berpendapat persatuan sukan tidak wajar dihukum jika ditafsir terlalu bergantung kepada MSN, kerana sistem bantuan sedia ada sudah dibentuk sedemikian rupa.
“Memang bagus untuk kami mengetahui dan menilai tahap kemampuan kewangan untuk persatuan sukan. Tetapi pada masa sama, sistem sedia ada ialah untuk mereka mendapatkan bantuan kewangan menerusi MSN,” katanya.
Seperkara pasti, MOM perlu lebih memperhalusi proses rating berkenaan kerana di sebalik langkah bersemuka dengan semua wakil persatuan sukan kebangsaan, gambaran sebenar tampak tidak terjelma menerusi proses penilaian julung kali itu.
Penafsiran fasal 23 Akta Sukan penting: Elyas
Oleh Meor Hisham Zulkifli
“HANYA sehingga 14 April ini saja. Selepas itu saya mahu berehat daripada tugasan yang saya anggap paling memeningkan ketika mengendali segala permasalahan persatuan sukan di negara ini,” kata Pesuruhjaya Sukan, Tan Sri Elyas Omar.
Beliau berkata, sudah tiba masa generasi yang lebih muda menerajui pejabat Pesuruhjaya Sukan kerana berdasarkan pengalamannya, ia adalah suatu tugas yang berat dan hanya mereka yang mempunyai latar belakang sukan dan kemampuan mampu mengendalikannya.
“Masih banyak perkara yang perlu dilakukan termasuk pindaan Akta Pembangunan Sukan bagi memperkemaskan bidang yang dianggap masih belum cukup kuat bagi menangani masalah sukan negara.
“Selain akta, saya dapati masalah berkaitan dengan perlembagaan persatuan sukan yang sudah lapuk, menghantui persatuan sukan di negara ini sehingga mengundang pelbagai masalah dan ada yang menyaksikan masalah yang timbul diheret ke mahkamah,” katanya.
Elyas yang sepatutnya tamat kontrak pada 15 Januari lalu, dilanjutkan tempoh perkhidmatannya selama tiga bulan oleh Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Datuk Seri Azalina Othman, atas alasan memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan isu tertunggak.
Mengulas mengenai siapa yang layak menggantikan beliau untuk mengisi kerusi panas ini, Elyas menegaskan, terpulang kepada menteri yang baru untuk memilih mereka dirasakan layak menggantikan dirinya.
“Semua ini terserah kepada menteri. Andai menteri meminta cadangan, mungkin saya dapat menamakan seorang dua yang dirasakan layak termasuk bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad.
“Tidak kira siapa pengganti yang akan dinamakan, saya berharap mereka memikirkan konteks penafsiran fasal 23 Akta Sukan kerana bagi saya, ia jelas memperuntukkan supaya persatuan sukan menangani sendiri masalah yang berlaku antara mereka.
“Ini supaya pejabat Pesuruhjaya Sukan tidak terjebak dengan kemelut yang berlaku dalam persatuan sukan kerana saya dapati, perkara itu sebelum ini merintis kepada tohmahan menuduh pejabat ini tidak melaksanakan tugasnya.
“Mengenai masa depan, saya mahu berehat dan tidak mahu memikirkan lagi apa yang akan dilakukan selepas ini. Tempoh di pejabat Pesuruhjaya Sukan begitu memenatkan saya, tetapi puas dapat melaksanakan segala tugasan itu dengan baik,” katanya.
Atlit negara bakal bergelar jutawan
Oleh Lukman Salleh
Limpahan wang menanti jika raih emas di Beijing
APAKAH Sukan Olimpik Beijing 2008 ini akan menyaksikan jutawan segera atlit negara buat pertama kali?
Inilah senario yang tidak dapat diketepikan jika kata-kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong (gambar) dijadikan rujukan apabila mendedahkan insentif bagi atlit yang memenangi pingat terutama emas di Beijing mungkin berlipat kali ganda berbanding RM160,000 yang ada sekarang.
Walaupun enggan menyatakan angka sebenar tetapi ia cukup menerbitkan ramalan bahawa jumlah yang ditawarkan itu mungkin tidak jauh daripada apa yang bakal dinikmati atlit dua negara jiran, Singapura dan Indonesia iaitu hampir RM1 juta.
“Memang ada cadangan untuk menambah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) terutama sekali untuk Sukan Olimpik Beijing ini bagi kemenangan pingat emas,” kata Zolkples. “Cadangan jumlah itu sebenarnya sudah dipertimbangkan tetapi ia perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Lembaga MSN.”
Ditanya apakah jumlah yang dimaksudkan itu mencecah sehingga RM1 juta, Zolkples berkata: “Terpulang kepada anda untuk meneka tetapi apa yang pasti ia lebih daripada angka yang ada sekarang dalam Shakam untuk kemenangan emas Olimpik.
“Ganjaran besar ini bertujuan untuk menyuntik semangat atlit negara dalam mengejar kegemilangan Olimpik,” katanya.
Sebelum ini, sudah ada cakap-cakap mengenai perlunya untuk meningkatkan insentif kepada atlit terutama sekali untuk Sukan Olimpik dengan jumlah sekarang - RM160,000 (emas), RM80,000 (perak) dan RM40,000 (gangsa) - dianggap agak kecil.
Dengan kemenangan pingat Olimpik, terutama emas adalah tanda kegemilangan sukan kepada sesebuah negara, insentif besar pastinya dapat merangsang semangat atlit memastikan kejayaan.
Langkah MSN itu, bukan pertama kali diambil, malah kerajaan pernah menawarkan RM250,000 termasuk sumbangan pihak swasta bagi atlit yang berjaya memenangi pingat emas pada temasya Barcelona 1992.
Pemberian ganjaran kepada atlit yang memenangi pingat di Olimpik bukan sesuatu yang aneh kerana sudah menjadi satu kebiasaan dengan kebanyakan negara di dunia mempunyai skim masing-masing.
Berada dalam senarai teratas ialah Singapura yang menjanjikan S$1 juta (RM2.2 juta) kepada atlit yang memenangi emas, manakala Indonesia pula dilaporkan menawarkan AS$200,000 (RM624,000) bagi kejayaan sama.
Selain itu, gergasi sukan dunia, Russia juga menawarkan insentif yang lumayan. Selain daripada wang tunai AS$50,000 (RM156,000) untuk emas, atlit juga bakal menikmati bonus tambahan daripada syarikat swasta antaranya rumah serta kereta yang semuanya bernilai AS$500,000 (RM1.56 juta).
Negara kelahiran Olimpik, Greece, pula menawarkan atlitnya AS$277,000 (RM864,000) untuk emas, AS$130,000 (RM405,600) perak dan AS$70,000 (RM218,000) untuk gangsa.
Comments
Post a Comment