Ban On Imports Will Change Malaysian Football Landscape
KUALA LUMPUR, Aug 25 (Bernama) -- The controversial decision by the Football Association of Malaysia (FAM) banning foreign players from the Malaysian League next season will change the football landscape.So what can the football fans expect next season. Can the local players fill the vacuum left by the foreign players or imports in the goal scoring department?
Will main contenders Kedah, Perak and Selangor which had been dependent on the imports for goals maintain the same level of standard now that they will not be around.
The contribution of the imports had been enormous and the record speaks for itself. The top four strikers in the Super League were imports.
Golden Boot winner Marlon Alex James of Kedah led the charts with 23 goals followed by Carlos Caceres of Perak (17), Frank Seator of Selangor (15) and Walter Ariel Silva of Johor FC (14).
Malaysia's best player was Mohd Khalid Jamlus of Perak with 13 goals who came in fifth.
It was the same story for the Premier League where the imports showed they were a cut above the locals.
Mouhamodou Moustapha of Kelantan led with 27 goals followed by Otelo Ocampos Espinola of Johor Pasir Gudang (23), Alex Agbo of KL Plus (19).
Home-grown Liew Kit Kong of Kuala Muda NAZA came in third (16 goals).
Kedah's James also dominated the FA Cup and Malaysia Cup competitions scoring 10 and 15 goals respectively.
Imports made their presence felt in Malaysia with the introduction of the Semi-Pro League in 1989.
Except for 2004 when Indra Putra Mahayuddin of Pahang won the Golden Boot with 15 goals, the imports never failed to lead the goalscoring chart.
Julio Cesar Rodrigues of Sabah (18), Zacharia Simukonda of Perlis (18) and Keita Mandjou of Perak (17) were the fans favourties in 2005, 2006 and 2007.
The imports also lighted up the Premier League with Marin Mikac of UPB-MyTeam (13) and Gustavo Fuentes of Melaka (18) leading the way.
FAM local competitions committee chairman Datuk Che Mat Jusoh said the decision to ban imports was for the development of Malaysian football as local players found it hard to shine against the imports.
"Without the imports next season, the fans can really evaluate the standard of Malaysian footballers," he told Bernama.
Che Mat said teams which put up fine displays will draw fans to fill the stadiums and this will augur well for the future of Malaysian football.
He said the imports' presence was of little help to Malaysian football as some lacked quality and caused a drain on the teams' resources.
"Some of those plying their trade in Malaysia are past their best and cannot make it to the major football leagues in Europe," said the FAM vice president.
Other than the ban on imports, the last season also saw FAM bogged with match-fixing allegations by players and the failure of several football associations to pay players' wages and contribute to the Employees Provident Fund (EPF).
Malaysian League 2007/2008 Roll of Honours
Malaysia Cup : Kedah
FA Cup : Kedah
Super League : Kedah
Premier League : Kuala Muda NAZA (Kedah)
Sultan Ahmad Shah Cup: Perlis
FAM Cup : T-Team (Terengganu)
President's Cup : Selangor
Youth Cup : Kelantan
-- BERNAMA
Misbun Awarded Datukship By Southern State Melaka
BUKIT MERTAJAM (Malaysia), Aug 25 (Bernama) -- National badminton coach, Misbun Sidek, was Sunday awarded a Datukship in recognition of his services to make the country renowned for the sport.
Southern state of Melaka Chief Minister Mohd Ali Rustam announced that the award would be bestowed on Misbun this Thursday by Melaka state Governor, Mohd Khalil Yaakob, at Istana Melaka.
Speaking to reporters after visiting the Barisan Nasional (BN) operations centre at Mengkuang Titi here, Mohd Ali said Misbun's contributions to the country were great as he not only successfully trained Lee Chong Wei to win a silver medal at the Beijing Olympics but had himself tasted victory as a national badminton player.
"We waited many years to get this medal and after discussing with the Yang Dipertua Negeri he agreed to the award," he said.
Mohd Ali said among the championships that Misbun had won were the German Open, the Sweden Open, the Canada Open, the Malaysia Open, the Taiwan Open and the Singapore Open.
He said Misbun was also a seven-time national champion and was picked as the best coach.
Meanwhile in KUALA LUMPUR, Chong Wei said he was happy at the news of the conferment of the Datukship on Misbun.
"It indirectly is a recognition of the deeds and relentless efforts by Misbun in training me," Chong Wei said when contacted by Bernama.
The badminton ace said Misbun had worked hard all this while to guide him and that Misbun was an individual who was respected whether on court or outside.
"Despite the 'Datukship', there will not be any problem in our relationship. I will always listen to his advice," said Chong Wei.
Badminton Association of Malaysia (BAM) secretary Gangga Rao said the association was proud of Misbun's achievement after Chong Wei was conferred the Datukship earlier.
He said the BAM hoped it would inspire Misbun to continue to progress because he was not only being financially rewarded but was also given recognition by the country.
-- BERNAMA
Kontingen Olimpik Negara Capai Sasaran Pingat, Persembahan Memuaskan
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kontingen negara telah mencapai sasaran awalnya iaitu memenangi satu pingat dan meningkatkan pencapaian pada temasya Sukan Olimpik ke-29 di Beijing.
Chef-de-missionnya, Datuk Ho Koh Chye berkata di samping pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Chong Wei merangkul pingat perak, atlet-atlet dari sukan lain juga mempamerkan persembahan yang memuaskan dan boleh dibanggakan.
Antara atlet yang beraksi cemerlang adalah atlet sukan memanah dan lumba basikal, yang dianggapnya menunjukkan persembahan setanding dengan pasukan terhandal dunia, kata Koh Chye ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarbangsa KL (KLIA) setibanya kontingen negara dari Beijing hari ini.
Katanya, pada acara memanah berpasukan, Wan Mohd Khalmizan Azia, Marbawi Sulaiman, dan Cheng Chu Sian berjaya mara ke suku akhir manakala pada acara perseorangan, Cheng Chu Sian juga mara ke peringkat suku akhir.
Pada sukan lumba basikal, Mohd Azizul Hasni Awang dan Josiah Ng beraksi cemerlang dengan melayakkan diri ke peringkat akhir acara keirin dan sprint perseorangan.
"Begitu juga dengan pemain badminton wanita negara Wong Mee Chow dan peserta taekwondo Chen Sue Chan yang kedua-duanya melayakkan diri ke suku akhir manakala perenang Daniel Bego dan atlet angkat berat Amirul Hamizah Ibrahim yang memecah rekod kebangsaan," katanya.
Namun begitu, beliau juga berasa kecewa dengan persembahan atlet dalam sukan lain seperti terjun, menembak, olahraga dan kapal layar.
Ketika ditanya mengenai laporan post-mortem persembahan kontingen negara, beliau berkata akan menyerahkan tugas tersebut kepada jurulatih-jurulatih sebelum diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).
"Ia akan disediakan dalam masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Kaji Selidik Kenapa Atlet Negara Tidak Menyerlah Pada Olimpik Beijing
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan akan menjalankan kaji selidik (post mortem) bagi menilai prestasi atlet negara pada Sukan Olimpik Beijing yang berakhir semalam, terutama bagi mengenalpasti punca ramai yang tidak menyerlah pada temasya sukan terbesar dunia itu.
"Kita akan mengadakan 'post mortem' segera untuk melihat sejauh mana prestasi mereka, sama ada telah bertambah baik atau merosot," kata Menteri berkenaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob kepada wartawan di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Walaupun gembira dengan kejayaan pemain badminton perseorangan lelaki Lee Chong Wei merangkul pingat perak setelah ditewaskan oleh pemain China Lin Dan pada peringkat akhir, Ismail Sabri menyatakan kekecewaannya terhadap atlet-atlet yang gagal memberikan persembahan terbaik mereka.
"Saya tidak berpuas hati dengan atlet yang prestasi mereka telah menurun, kurang memuaskan berbanding dengan Olimpik 2004," katanya.
Beliau berkata walaupun negara tidak mengharapkan mereka untuk membawa pulang pingat, sekurang-kurangnya mereka perlu memperbaiki rekod peribadi masing-masing.
"Bagi sesetengah acara, kita berharap Olimpik menjadi platform pendedahan untuk mereka dan memperbaiki rekod diri. Ada pula acara lain yang kita ada ranking dan harapan untuk memungut pingat seperti badminton, tetapi tidak dapat," kata Ismail Sabri.
Beberapa atlet negara, misalnya daripada acara berbasikal, akuatik dan badminton beregu menampilkan persembahan yang hambar pada Sukan Olimpik di Beijing baru-baru ini.
Malaysia menghantar 33 atlet ke Sukan Olimpik di Beijing.
-- BERNAMA
Peminat Tentukan Mutu Bola Sepak Malaysia Musim Depan
Oleh Azlan Muhammad Zain
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Keputusan kontroversi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini mengharamkan penggunaan pemain import pada saingan Liga Malaysia musim depan mengundang seribu satu persoalan kepada pelbagai pihak.
Mampukah penyerang tempatan menggalas tugas membolosi gawang sebanyak pemain-pemain import menjaringkan gol pada musim ini dan bagaimanakah dengan mutu gol itu sendiri?
Bagaimana pula dengan corak permainan menarik dan bermutu yang disajikan oleh beberapa pasukan seperti Perak, Kedah dan Selangor yang ditunjukkan pada musim ini? Adakah ia juga dapat dikekalkan setelah menggunakan sepenuhnya kudrat pemain tempatan?
Jika berdasarkan rekod penjaring Liga Super pada musim ini, tiga tempat teratas dikuasai oleh pemain import di mana Marlon Alex James dari Kedah menjaringkan 23 gol untuk meraih gelaran pemenang kasut emas, diikuti Carlos Caceres (Perak, 17), Frank Seator (Selangor, 15) dan Walter Ariel Silva (Johor FC, 14) kemudian barulah penyerang tempatan di tempat kelima dengan 13 gol iaitu Mohd Khalid Jamlus dari Perak.
Penyerang Kelantan dari Senegal Mouhamodou Moustapha pula menguasai Liga Perdana dengan 27 gol, Otelo Ocampos Espinola (Johor PG, 23), Alex Agbo (KL Plus, 19) sebelum senarai tersebut diikuti pemain Kuala Muda NAZA Liew Kit Kong dengan 16 gol.
Serangan Piala FA pula menyaksikan Marlon mendahului penjaring lain dengan 10 gol dan 15 gol pada saingan Piala Malaysia.
Hakikatnya, sejak pemain import dibenarkan beraksi di negara ini hasil pengenalan Liga Semi-Pro pada 1989, bintang-bintang tempatan semakin kurang menyerlah berdasarkan senarai pemenang kasut emas dalam saingan Liga Malaysia.
Bagi Liga Super, kecuali pada 2004 di mana pemain Pahang Indra Putra Mahayuddin memenangi kasut emas dengan 15 gol, senarai penjaring dikuasai oleh pemain import bermula dengan Julio Cesar Rodrigues (Sabah, 18) dan Zacharia Simukonda (Perlis, 18) pada musim 2005 serta Keita Mandjou (Perak, 17) bagi musim 2005/2006 dan pada musim 2006/2007 sekali lagi Mandjou dengan 21 gol.
Liga Perdana musim 2006/2007 pula dimenangi oleh Marin Mikac (UPB-MyTeam, 13), 2005/2006 Gustavo Fuentes (Melaka, 18), 2005 oleh Marlon Alex James (MK Land, 23) dan 2004 Brian Fuentes (Selangor, 25).
"Para peminat akan menentukan di mana mutu bola sepak negara pada musim depan," kata pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM Datuk Che Mat Jusoh kepada Bernama.
Che Mat berkata jika sesebuah pasukan itu dapat mempamerkan persembahan yang mantap dan membawa kejayaan kepada pasukan negeri, peminat dengan sendirinya akan memenuhi stadium kerana berpuas hati pasukan tersebut mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding pasukan lain.
"Semua pihak harus sedar, FAM selaku badan induk bola sepak kebangsaan mengambil langkah ini adalah bagi pembangunan terutamanya untuk pasukan kebangsaan. Macam mana pemain tempatan hendak menunjukkan bakat terutamanya bagi pemain penyerang jika selalu dibayangi dengan pemain-pemain import," katanya.
Beliau berkata mutu bola sepak tempatan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini tidak banyak berubah walaupun dengan kehadiran tiga pemain import dalam satu pasukan.
"Tidak dinafikan ada pemain-pemain import ini memang berkualiti tapi ada juga tidak mempamerkan persembahan yang konsisten sehingga membebankan sesetengah pasukan terutama dari sudut kewangan.
"Jika diperhatikan sesetengah mereka yang datang berkelana di Malaysia sudah berumur dan tidak mendapat tempat untuk bermain dalam liga-liga utama dunia terutama di Eropah," katanya yang juga merupakan Naib Presiden FAM.
Selain isu pemain import, liga bola sepak tempatan juga diwarnai dengan pelbagai masalah seperti dakwaan wujudnya gejala rasuah yang kembali menular, masalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dihadapi oleh beberapa persatuan negeri, tunggakan pembayaran gaji pemain dan jadual perlawanan yang ketat.
Ada sesetengah pasukan yang tidak membayar gaji pemain mereka selama empat bulan sehingga menjejaskan prestasi pasukan itu sendiri yang mengalami kekalahan demi kekalahan.
FAM juga dilihat masih gagal mengatasi masalah jadual perlawanan yang terlalu ketat membabitkan pasukan-pasukan yang bertanding sehingga menjejaskan prestasi pemain akibat keletihan.
"Memang saya akui jadual agak ketat sehinggakan ada pasukan negeri yang merungut tentang perkara ini, namun kita terpaksa laksanakan juga bagi mengelakkan bulan puasa (September)," kata Che Mat.
Diharapkan pada musim depan yang bermula Januari 2009 akan membawa kepada perkembangan yang baru dan positif bukan sahaja dari aspek pengurusan malah kepada mutu bola sepak tempatan untuk berada dalam kelas tersendiri dan tidak hanya digelar "jaguh kampung".
Senarai penuh pemenang Liga Malaysia 2007/2008
Piala Malaysia: Kedah
Piala FA : Kedah
Liga Super : Kedah
Liga Perdana : Kuala Muda NAZA (Kedah)
Piala Sultan Ahmad Shah (Piala Sumbangsih): Perlis
Piala FAM : T-Team (Terengganu)
Piala Presiden: Selangor
Piala Belia : Kelantan
-- BERNAMA
Misbun Berhak Dapat Gelaran Datuk, Kata Chong Wei Dan BAM
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Pemain perseorangan badminton negara Lee Chong Wei, yang akan menerima gelaran Datuk pada 30 Ogos ini, berkata jurulatihnya Misbun Sidek yang hari ini diumumkan akan menerima gelaran yang sama sememangnya berhak untuk mendapat pengiktirafan itu.
"Saya gembira dengan berita ini. Ia secara tidak langsung mengiktiraf jasa dan usaha gigih Misbun tanpa mengenal erti putus asa," kata Chong Wei ketika dihubungi Bernama petang ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mengumumkan kerajaan Melaka akan menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sebagai menghargai jasa Misbun mengharumkan nama negara dalam sukan itu.
Mohd Ali berkata darjah kebesaran itu akan disampaikan kepada Misbun oleh Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob di Istana Melaka pada Khamis ini (28 Ogos).
Pada Rabu lepas, Chong Wei yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Beijing, China baru-baru ini mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Pulau Pinang apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan beliau akan dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk pada 30 Ogos ini.
Chong Wei berkata Misbun selama ini bekerja keras membimbingnya dan sememangnya seorang individu yang dihormati sama ada di dalam gelanggang atau di luar.
"Walaupun mendapat gelaran "Datuk", hubungan kami tidak akan menjadi masalah. Saya tetap akan mendengar segala nasihat dan tunjuk ajar daripadanya malah akan menggunakan nama timangan seperti sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Gangga Rao berkata persatuan itu berbangga dengan apa yang dicapai oleh Misbun setelah Chong Wei turut mendapat gelaran Datuk sebelum ini.
"Dia layak mendapatnya kerana kejayaan seseorang atlet adalah bergantung kepada jurulatihnya," katanya.
Gangga berkata BAM berharap ia akan menjadi dorongan kepada Misbun untuk terus maju kerana beliau bukan sahaja mendapat imbuhan dari segi kewangan malah pengiktirafan oleh negara.
"Ketika beliau menjadi pemain dahulupun, beliau merupakan seorang pemain yang digeruni lawan, jadi gelaran ini tiba tepat pada masanya iaitu tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat," katanya.
Misbun, 48, merupakan pemain badminton negara pada era 70-an hingga 80-an dan mencapai pelbagai kejayaan, termasuk menguasai kejohanan di peringkat kebangsaan dari tahun 1980 hingga 1987 dan kejohanan antarabangsa seperti juara Terbuka Jerman, Terbuka Sweeden, Terbuka Kanada, Terbuka Malaysia, Terbuka Taiwan dan Terbuka Singapura.
-- BERNAMA
Olimpik XXIX: KBS buat
|
|
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan menjalankan post-mortem bagi menilai prestasi atlet negara pada Sukan Olimpik XXIX di Beijing yang berakhir kelmarin.
Antara post-mortem yang akan dilakukan nanti termasuklah mengenalpasti punca ramai atlet negara yang tidak menyerlah pada temasya sukan terbesar dunia itu.
"Kita akan mengadakan post mortem segera untuk melihat sejauh mana prestasi mereka sama ada telah bertambah baik atau merosot," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob (gambar) di lobi Parlimen semalam.
Walaupun gembira dengan kejayaan pemain badminton perseorangan lelaki, Lee Chong Wei yang merangkul pingat perak, Ismail Sabri tetap menyatakan kekecewaannya terhadap atlet-atlet yang gagal memberikan persembahan terbaik mereka.
"Saya tidak berpuas hati dengan atlet yang prestasi mereka telah menurun, kurang memuaskan berbanding dengan Olimpik 2004," katanya.
Beliau berkata, walaupun negara tidak mengharapkan atlet terbabit untuk membawa pulang pingat, sekurang-kurangnya mereka perlu memperbaiki rekod peribadi masing-masing.
"Bagi sesetengah acara, kita berharap Olimpik menjadi platform pendedahan untuk mereka dan memperbaiki rekod diri.
"Ada pula acara lain yang kita ada ranking dan harapan untuk memungut pingat seperti badminton tetapi tidak dapat," kata Ismail Sabri.
Pada temasya kali ini, kontinjen Malaysia dibarisi 33 atlet.
Kontinjen negara capai sasaran
KONTINJEN negara dianggap telah mencapai sasaran awal dengan memenangi satu pingat pada temasya Sukan Olimpik XXIX di Beijing.
Ketua kontinjen negara ke Beijing, Datuk Ho Koh Chye berkata, selain kejayaan jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Chong Wei merangkul pingat perak, atlet dari sukan lain juga mempamerkan persembahan yang memuaskan dan boleh dibanggakan.
"Antaranya ialah atlet sukan memanah dan lumba basikal yang dilihat menunjukkan persembahan setanding dengan pasukan terhandal dunia," kata Koh Chye ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya kontinjen negara dari Beijing semalam.
Katanya, dalam acara memanah recurve berpasukan, Wan Khalmizam Aziz, Marbawi Sulaiman dan Cheng Chu Sian berjaya mara ke suku akhir manakala acara perseorangan, Cheng Chu Sian juga mara ke peringkat suku akhir.
Bagi acara lumba basikal, Azizulhasni Awang dan Josiah Ng beraksi cemerlang acara keirin dan pecut perseorangan.
"Begitu juga dengan pemain badminton wanita negara, Wong Mew Choo dan atlet taekwondo, Che Chew Chan yang kedua-duanya melayakkan diri ke suku akhir manakala perenang, Daniel Bego dan atlet angkat berat, Amirul Hamizah Ibrahim berjaya memecah rekod kebangsaan," katanya.
Begitupun Koh Chye juga berasa kecewa dengan persembahan atlet dalam sukan lain seperti terjun, menembak, olahraga dan kapal layar.
Ketika ditanya mengenai laporan post-mortem persembahan kontinjen negara, beliau berkata, akan menyerahkan tugas tersebut kepada jurulatih-jurulatih sebelum diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).
"Ia akan disediakan dalam masa terdekat," katanya.
Barisan Kedah terima pingat ASK
"ANUGERAH ini adalah untuk peminat dan Sultan Kedah sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan Tuanku yang ke-50 tahun.
"Ia juga sebagai penghargaan kepada jasa Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang selama ini banyak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk mencapai kejayaan."
Demikian luahan Mohd. Kyril Muhymeen Zamree salah seorang pemain pasukan bola sepak Kedah yang menerima anugerah pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai (ASK) yang diberikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah semalam.
Kyril merupakan salah seorang dari 37 penerima bintang ASK yang diberi Sultan Kedah dalam satu istiadat penganugerahan di Istana Anak Bukit petang semalam.
Majlis tersebut turut dihadiri Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta tetamu kehormat yang lain.
Pengurus Kedah, Datuk Othman Abdul Aziz mengetuai senarai penerima anugerah bintang berkenaan diikuti penolong pengurus, Syed Khairol Anuar Syed Abidin, ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah, penolong jurulatih, Mohd. Radhi Mat Din dan Ahmad Sabri Ismail.
Turut menerima anugerah yang sama ialah semua pemain Kedah termasuk tiga pemain import, Cornelius Bernard Hugging, Marlon Alex James, Nelson Marcelo San Martin.
Turut menerima anugerah itu termasuklah pegawai perubatan pasukan Kedah, Dr. Kamalnizat Ibrahim, Roslan Abdul Jalil dan Ewe Gim Him serta pegawai perhubungan, Zahari Mat Isa dan Roshidi Ismail.
Pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lalu, Kedah berjaya mempertahan kejuaraan selepas menewaskan Selangor 3-2.
Sebelum itu, skuad Hijau Kuning telah mendapat Piala FA dan muncul juara Liga Super.
Ia dianggap satu sejarah buat Kedah apabila berjaya mempertahankan gelaran treble yang dimenangi musim lalu.
Misi skuad negara tidak terjejas
|
|
MISI skuad negara tidak terjejas meskipun menampilkan ramai pemain muda pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai di Fashion Island, Bangkok yang akan membuka tirainya hari ini.
Selain berazam untuk menjadikan kejohanan ini sebagai medan menimba pengalaman bermain di peringkat antarabangsa, skuad negara juga ada misi yang lebih besar.
Ketua Seranta Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Tengku Adnan Tengku Burhanudin berkata, penampilan mereka kali ini adalah untuk memiliki trofi berprestij itu selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1988.
Begitupun diundi bersama tuan rumah, Thailand, Indonesia dan Korea Selatan dalam acara utama iaitu berpasukan lelaki, laluan skuad negara ke perlawanan akhir mungkin sukar.
"Sukar untuk meramal peluang skuad negara pada penampilan kali ini terutamanya selepas sekian lama tidak menyertai mana-mana kejohanan besar di peringkat antarabangsa.
"Namun dengan gandingan pemain yang ada dan persiapan yang dijalankan, saya cukup yakin kita mampu mencipta kejutan, sekali gus menjadi juara.
"Ini adalah peluang terbaik skuad negara untuk mempamerkan kekuatan terutamanya selepas tidak menyertai temasya Sukan SEA di Thailand tahun lalu," kata Tengku Adnan.
Tengku Adnan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan PSM berkata, jurulatih Haris Abdul Rahman hanya akan diumumkan senarai nama pemain sebelum sesuatu perlawanan itu bermula.
Selain berharap semua pemain negara akan berada dalam situasi bersedia, langkah ini juga dianggap sebagai satu strategi untuk mengelirukan pihak lawan.
Tidak seperti dalam acara berpasukan, peluang skuad negara dijangka lebih mudah dalam acara beregu apabila diundi Thailand, Laos dan China dalam Kumpulan A.
Sementara itu skuad wanita negara akan membuka cabaran menentang Jepun dan Jerman dalam Kumpulan B bagi acara berpasukan manakala India dan China dalam Kumpulan B bagi acara beregu.
Pada aksi pembukaan hari ini, beregu lelaki negara akan menentang Thailand dan China manakala beregu wanita bertemu China.
Pada penampilan tahun lalu, skuad negara tumpas 2-0 kepada Thailand pada perlawanan akhir dalam acara berpasukan lelaki.
"Soal menang atau kalah tidak penting tetapi apa yang diperlukan adalah persediaan untuk menghadapi Sukan SEA 2009 dan juga Sukan Asia 2010," kata Tengku Adnan
Comments
Post a Comment