Tengku Abdullah Hopes AFC Headquarters Remains In Malaysia
PEKAN, Aug 26 (Bernama) -- The Asian Football Confederation (AFC) headquarters should remain in Bukit Jalil, Kuala Lumpur because of its suitable location within Asia, said its vice-president Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
He said it was also equipped with stadiums and training facilities, and not far from the KL International Airport in Sepang and hotels.
"I do not see anything wrong with our country which had prompted the AFC to make the decision to move to another country," he reporters after handing over aid to needy people here Tuesday.
He was commenting on the disappointment expressed by the Football Association of Malaysia (FAM), at its congress on Saturday, over the AFC decision to move its headquarters out of Malaysia.
Tengku Abdullah said he did not know the reasons behind the decision, adding that, "I had stated my stand at the AFC Executive Council meeting but what can I do."
He denied that the AFC was not happy over the FAM decision to organise the Champions Youth Cup Malaysia championship which kicked off last year.
-- BERNAMA
Ismail Wants Molest Allegation Resolved
KUALA LUMPUR, Aug 26 (Bernama) -- The Youth and Sports Ministry wants the allegation by a woman official from the Malaysian Amateur Athletics Union (MAAU) that she was almost molested by another MAAU official to be resolved immediately.
Its minister, Datuk Ismail Sabri Yaakob, said he wanted the MAAU to treat the matter seriously and investigate the case with a report submitted to him as soon as possible.
He said the National Sports Council (NSC) had sent two letters to the MAAU for an explanation but had yet to receive any feedback on the matter.
"I understand an investigation panel on the case has been set up. If the allegation is found to be true, I want the association to take stern action against the officer concerned," he told reporters at the Parliament lobby Tuesday.
He was commenting on the allegation by the woman official that she was almost molested by the MAAU official in Taiwan in May. She had lodged the complaint through a letter sent to several leaders including Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and MAAU president Datuk Seri Shahidan Kassim.
-- BERNAMA
Paralympic Swimmer Wants To Redeem Malaysia's Loss In Beijing Olympics
KUALA LUMPUR, Aug 26 (Bernama) -- Handicapped swimmer Zul Amirul Sidi Adullah is determined to redeem the disappointing performance of the national swimmers who failed to grab any medal at the Olympic Games in Beijing, when he competes in the Paralympics from Sept 6 to 17 at the same venue.
Zul Amirul Sidi, 36, who is ranked fifth in the world, said he would use his experience in the Athens Paralympic in 2004, where he ended eighth, to win a medal in Beijing.
"As of now, my main target is to qualify for the final. However, I am confident of winning a medal, regardless of colour," he told Bernama here Tuesday.
At the Beijing Olympic Games which concluded on Sunday, two national swimmers, Daniel Bego and Siow Yi Ting merely managed to improve their personal and national record without winning any medal.
-- BERNAMA
Datuk Nicol Among Frontrunners For SAM-100PLUS Award
KUALA LUMPUR, Aug 26 (Bernama) -- Squash queen Datuk Nicol David is among five national athletes shortlisted for the Sportswriters Association of Malaysia (SAM)-100PLUS Excellence Award 2007.
SAM deputy president Khalid Saad said the other four candidates who made it into the final list of five were two from badminton, men's doubles pair Koo Kien Keat-Tan Boon Heong and Malaysia's number one woman shuttler Wong Mew Choo, women's pole vaulter Roslinda Samsu, and men's high jumper Lee Hup Wei.
"We have certain criteria in selecting the winning athlete, like personality, impact of success, discipline and consistency," Khalid said in a statement, here Tuesday.
Kien Keat-Boon Heong took the badminton world by storm last year, winning the prestigious All England title apart from taking the Malaysian Open, Swiss Open, Philippines Open, Macau Open and Denmark Open.
The duo also finished runners-up in the Asian Badminton Confederation (ABC) Championships in Johor Baharu.
The 25-year-old Mew Choo, apart from finishing runner-up in the Malaysian Open last year, scored a first for Malaysian badminton when she walked away with the China Open title.
Mew Choo also did well to reach the quarter-finals of the All England and the World Championships and the semi-finals of the Asian Championships.
Hup Wei, 20, won the men's Asian Track and Field title in Jordan with a leap of 2.24m other than winning the Thai Open (2.15m) and the Korat SEA Games gold with a height of 2.19m.
He also took the silver in the Kazakhstan Open (2.19m).
Roslinda, who is ranked 23rd in the world after achieving 4.35m at the World IAAF meet, cleared 4.20m to take the title in the Asian Track and Field championships in Jordan, enroute to taking the gold in the Korat SEA Games with a height of 4.00m.
World number one Nicol does not need any introduction in the world of sports, sweeping nine titles last year - the Hong Kong Open, Qatar Classic, British Open, Dutch Open, Singapore Masters, Malaysian Open, Korean Open, Kuwait Open and Kuala Lumpur Open.
-- BERNAMA
Minister's Wish Comes True This Saturday
KUALA LUMPUR, Aug 26 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob's wish to see his dream race come true and make it to the Malaysia Book of Records (MBR) will be awarded this Saturday when more than 700 teams take part in the 10km Mentakab-Temerloh National Open Relay Run.The number exceeds the minimum of 700 needed for the run, first organsied by him in 1991, to make it to the MBR.
Honorary Secretary of the Temerloh Athletic Association, Mohd Musa Noor Mohd, said 752 registration forms were received.
"This is 14th edition of the race that was thought of by Ismail Sabri when he was Temerloh Umno Youth chief in 1991. His wish will come true this Saturday," Mohd Musa told Bernama here Tuesday.
He said each member of the five-member teams will run two kilometers of the race which will begin in Mentakab.
He said there were seven categories, from the open category to the 12-year minimum category, and total prize money was RM20,000.
Winner of the men's and women's open category will receive RM2,000 each, runner-up RM1,500 and third place winner RM1,000.
"Many national athletes have registered and there are two teams from Kenya," said Mohd Musa who is also director of the High Performance Training Centre Asia.
-- BERNAMA
Ismail Arah KOAM Selesai Kes Dakwaan Cabul, Minta Laporan Secepat Mungkin
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan mengarahkan supaya kes dakwaan seorang pegawai wanita Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) hampir dicabul oleh seorang pegawai KOAM yang lain, diselesaikan segera.Menterinya Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata beliau mahu KOAM memandang serius dan menyiasat kes itu serta mengarahkan satu laporan diberikan kepadanya secepat mungkin.
Katanya Majlis Sukan Negara (MSN) telah dua kali menghantar surat kepada KOAM untuk mendapatkan penjelasan tetapi setakat ini masih belum mendapatkan sebarang maklum balas.
"Saya difahamkan satu panel siasatan telah ditubuhkan untuk kes ini. Sekiranya dakwaan betul, saya mahu persatuan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai tersebut," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan seorang pegawai perhubungan wanita bahawa beliau hampir dicabul oleh pegawai KOAM itu di Taiwan, Mei lepas, dalam satu surat aduan kepada beberapa pemimpin termasuk termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden KOAM Datuk Seri Shahidan Kassim.
Kontingen Olimpik Negara Capai Sasaran Pingat, Persembahan Memuaskan
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kontingen negara telah mencapai sasaran awalnya iaitu memenangi satu pingat dan meningkatkan pencapaian pada temasya Sukan Olimpik ke-29 di Beijing.
Chef-de-missionnya, Datuk Ho Koh Chye berkata di samping pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Chong Wei merangkul pingat perak, atlet-atlet dari sukan lain juga mempamerkan persembahan yang memuaskan dan boleh dibanggakan.
Antara atlet yang beraksi cemerlang adalah atlet sukan memanah dan lumba basikal, yang dianggapnya menunjukkan persembahan setanding dengan pasukan terhandal dunia, kata Koh Chye ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarbangsa KL (KLIA) setibanya kontingen negara dari Beijing hari ini.
Katanya, pada acara memanah berpasukan, Wan Mohd Khalmizan Azia, Marbawi Sulaiman, dan Cheng Chu Sian berjaya mara ke suku akhir manakala pada acara perseorangan, Cheng Chu Sian juga mara ke peringkat suku akhir.
Pada sukan lumba basikal, Mohd Azizul Hasni Awang dan Josiah Ng beraksi cemerlang dengan melayakkan diri ke peringkat akhir acara keirin dan sprint perseorangan.
"Begitu juga dengan pemain badminton wanita negara Wong Mee Chow dan peserta taekwondo Chen Sue Chan yang kedua-duanya melayakkan diri ke suku akhir manakala perenang Daniel Bego dan atlet angkat berat Amirul Hamizah Ibrahim yang memecah rekod kebangsaan," katanya.
Namun begitu, beliau juga berasa kecewa dengan persembahan atlet dalam sukan lain seperti terjun, menembak, olahraga dan kapal layar.
Ketika ditanya mengenai laporan post-mortem persembahan kontingen negara, beliau berkata akan menyerahkan tugas tersebut kepada jurulatih-jurulatih sebelum diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).
"Ia akan disediakan dalam masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Impian Menteri Belia Dan Sukan Saksi Lumba Yang Diilhamkannya Dicatat Dalam MBR Tercapai Sabtu Ini
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Impian Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob menyaksikan kejohanan larian yang diilhamkannya pada 1991 tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) bakal tercapai Sabtu ini.
Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Temerloh Mohd Musa Noor Mohd berkata Perlumbaan Lari Berganti-ganti Terbuka Kebangsaan Mentakab-Temerloh sejauh 10 kilometer tahun ini menerima 752 penyertaan, melebihi tahap minimum 700 penyertaan untuk dicatat dalam MBR.
"Kejohanan yang memasuki edisi ke-14 tahun ini adalah ilham Ismail Sabri semasa menjadi Ketua Pemuda Umno Temerloh pada 1991. Selepas 14 tahun, hasrat beliau untuk menyaksikan kejohanan ini dicatatkan dalam rekod Malaysia akan tercapai pada kejohanan Sabtu ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohd Musa berkata setiap pasukan, yang disertai oleh lima peserta, akan berlari sejauh dua kilometer setiap seorang bermula di Mentakab dan berakhir di Temerloh, Pahang.
Beliau berkata tujuh kategori dipertandingkan, dari kategori Terbuka sehingga minimum berumur 12 tahun dengan jumlah hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.
Pemenang kategori terbuka bagi lelaki dan wanita, masing-masing akan mendapat RM2,000, tempat kedua (RM1,500) dan ketiga (RM1,000), katanya.
"Ramai atlet kebangsaan mendaftar diri, dan dua kumpulan pelari dari Kenya juga mengambil bahagian," kata Mohd Musa yang juga ketua pengarah Pusat Latihan Prestasi Tinggi (HPTC) Asia bagi olahraga yang berpangkalan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
-- BERNAMA
Nicol calon pilihan rangkul anugerah
PENCAPAIAN cemerlang dengan menjuarai sembilan kejohanan sepanjang tahun lepas telah membuka laluan cerah kepada Datuk Nicol Ann David merangkul Anugerah Kecemerlangan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2007 esok.
Walaupun menerima pencalonan dua kali berturut-turut pada tahun 2005 dan 2006, namun ratu skuasy negara yang juga pemain No. 1 dunia itu dilihat mampu menebus kekecewaan kali ini.
Nicol bakal dicabar penerima anugerah tahun lepas iaitu beregu badminton negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong selain pemain badminton perseorangan wanita, Wong Mew Choo, Lee Hup Wei (lompat tinggi lelaki) dan atlet lompat bergalah wanita, Roslinda Samsu.
Timbalan Presiden SAM, Khalid Saad berkata, penerima anugerah berprestij itu disenarai pendek kepada lima calon berdasarkan rekod sepanjang tahun lepas.
Jika pencapaian cemerlang sepanjang 2007 diambil kira, Nicol pasti menjadi pilihan berdasarkan kejayaannya pada Terbuka Hong Kong, Qatar Klasik, Terbuka Britain, Terbuka Belanda, Terbuka Malaysia, Terbuka Korea Selatan, Terbuka Kuwait, Terbuka Kuala Lumpur dan Singapore Masters.
"Kami mempunyai kriteria tertentu dalam memilih pemenang seperti disiplin, karisma, pesona atlet, impak kejayaan dan konsisten," kata Khalid dalam satu kenyataan semalam.
Khalid yang juga pengerusi barisan panel juri pemilihan pemenang berkata, pemenang akan menerima trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 pada majlis anugerah di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil esok.
Selain Nicol, Kien Keat-Boon Heong juga meletakkan diri sebagai pesaing dengan pencapaian merangkul kejuaraan Seluruh England, Terbuka Malaysia, Terbuka Switzerland, Terbuka Filipina, Terbuka Macau dan Terbuka Denmark.
KOSMO
Ibu pejabat AFC: Tengku Abdullah beri pandangan
|
|
KEPIMPINAN tertinggi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) diharap dapat mengambil kira dan memberi pertimbangan sewajarnya supaya bangunan AFC di Bukit Jalil, Kuala Lumpur terus dikekalkan.
Naib Presiden AFC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, ibu pejabat AFC sememangnya satu lokasi yang sesuai kerana terletak di kawasan tengah Asia, malah turut dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk stadium, tempat latihan, pejabat yang baik selain berdekatan lapangan terbang dan hotel.
"Saya akui sekarang banyak kriteria untuk menempatkan lokasi baru bangunan AFC tetapi terpulang kepada AFC untuk menentukannya tapi saya rasa di Malaysia, ibu pejabat AFC sememangnya satu lokasi yang sesuai sebagai kawasan tengah-tengah Asia," jelas Tengku Abdullah.
Tengku Abdullah demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas rasa kurang senang FAM berhubung perancangan AFC memindahkan ibu pejabat AFC ke negara lain.
Mengulas lanjut, Tengku Abdullah berkata, beliau menghormati keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mendesak ibu pejabat AFC kekal di Kuala Lumpur pada mesyuarat Kongres FAM Sabtu lalu.
Menurut Tengku Abdullah, keputusan FAM itu berdasarkan sejarah dan pembabitan kepimpinan terdahulu, khususnya Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan seterusnya.
"Dalam hal ini, saya tidak tahu apa kekurangan negara ini hingga ibu pejabat AFC ini perlu dipindahkan ke negara lain," katanya.
Tengku Abdullah berkata, sama ada Kejohanan Piala Juara-Juara Belia (CYC) menjadi punca perpindahan ibu pejabat AFC, beliau juga tidak mengetahui dan masih tertanya-tanya punca di sebaliknya.
Tengku Abdullah juga meminta media mengutarakan persoalan itu kepada Presiden AFC, Mohammed Hammam.
"Saya bukannya presiden (AFC) kerana saya sudah menyatakan pendirian bahawa tidak bersetuju perpindahan ini pada mesyuarat Exco AFC lalu.
"Itu adalah pendirian dan tetap dengan keputusan saya tapi jika mahu pindah juga, apa boleh saya buat," katanya sambil menafikan wujudnya masalah antara FAM dan AFC.
Hubungan dingin antara FAM dan AFC kini semakin jelas apabila cadangan untuk memindahkan ibu pejabat AFC di Bukit Jalil dibangkitkan dalam mesyuarat exco AFC.
Mesyuarat AFC itu yang dipengerusikan Hammam dan perpindahan ibu pejabat AFC adalah antara perkara yang dibincangkan. - Bernama
Comments
Post a Comment