Skip to main content

Sports press clippings on the 24 September 2008




Second Try By Minister To End Feud Between Karim And Musa

PEKAN, Sept 23 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob reiterated his intention to act as a mediator to resolve the feud between High Performance Training Centre (HPTC) director Mohd Musa Noor Mohd and Malaysian Amateur Athletic Union (MAAU) deputy president Karim Ibrahim.

The feud between Karim and Musa which started in 2006, reached boiling point last month when Karim urged the Ministry to review the objective and functions of the HPTC since it failed to produce any talented local athletes.

Subsequently, local dailies had reported that Musa called Karim a traitor to the nation.

"I read in the papers yesterday that Karim wants to meet me before "Hari Raya" and thats...ok, he can contact me and I am willing to meet him anytime as long as the said date is convenient for me, Karim and Musa. But the point is, he has not called me yet," he told reporters on the sidelines of the National Al-Quran Recital Competition here today.

Ismail said since the objective of both parties was the same - that of to develop athletics in the country - both parties must work together to ensure the nation's objective of developing sports can be fulfilled.

"If they can work together, we can reap many benefits as athletes can train together at the centre.

Musa and Karim were supposed to have met Ismail at his office last Friday but the meeting did not take place when Karim requested for a change of date as he had an appointment with a doctor on the same date.

-- BERNAMA



Sultan Gives Consent To Meet Azzuddin Tomorrow

KUANTAN, Sept 23 (Bernama) -- Football Association of Malaysia (FAM) President Sultan Ahmad Shah said he was not to blaming Secretary-General Datuk Azzuddin Ahmad but merely voicing out his disappointment with regard to FAM's poor financial, communication and media relationship.

"I will have a meeting to discuss the issues tomorrow (Sept 24)," said the Sultan when met during the National Al-Quran Recital Competition here today.

Bernama had reported that Azzuddin would be meeting the President soon, to discuss FAM's financial, communications, media relationships and administration matters after the Sultan had voiced out his disappointment over the said issues.

"It is not that Azzuddin has done anything wrong, just that his way of approaching the media might not be like the way I do," he said.

Azzuddin, a former international (70s) and who had vast knowledge in matters related to football, due to his involvement in the Armed Forces FA from 1981 to 2001, was appointed to the FAM hot-seat on Sept 17 last year, replacing Datuk Seri Dr Ibrahim Saad whose term ended on Aug 30, 2007.

He is said to have made a number of drastic changes in the administration style of the FAM ever since.

-- BERNAMA



Ibrahim In A Dilemma

JOHOR BAHARU, Sept 22 (Bernama)-- Ibrahim Amir is the red hot favourite to capture the inaugural National 9-ball championship now underway at the Golden Break Pool Club in Petaling Jaya.

But the 42-year old Ibrahim who has qualified for the Grand Final of the Asian 9-ball Tour in Jakarta next month, may not go down as the first winner of the championship simply because his priority lies elsewhere.

By the time the tournament enters the last 16 stage, Ibrahim will have to be in the Philippines for the World 10-ball championship in Manila, which starts on Sept 28 and ends on Nov 4.

"Never mind I will still play in the preliminary round and if I make it any further I will have to concede a walkover. The World 10-ball championship is more important," said Ibrahim.

By virtue of being the top seed for the week long championship, which has attracted a total of 88 players including four women, Ibrahim will only see action in the last 32 which is scheduled for Sept 26 and the last 16 is scheduled for the next day, the day he is supposed to leave for Manila.

Ibrahim a bronze medallist in the Korat Sea Games 9-ball singles, packs far too much experience for the rest but the thought of not being able to bag the inaugural National 9-ball crown weighs on his mind.

"I want to win the National title but too bad, it clashes with the World 10-ball championship. I need the warm-up matches also. That's why I am taking part in the National championship," said Ibrahim.

The luck of the draw has put him in a possible confrontation against National women's player Suhana Dewi Sabtu, one of the four women players in the meet, in the last 32.

Suhana, like Esther Kwan, the Doha Asian Games silver medallist, has drawn a first round bye together with Moh Chaw Teng, the younger sister of the National No 1 snooker player Moh Keen Ho. The fourth women player in the meet which is offering a total prize money of RM14,000 is Kuala Lumpur's Cindy Lim.

Results of the preliminary round matches played Monday night: John Chung bt Michael Tan 9-7; Daniel Idraki bt YC Lee 9-1; Ralph David bt Roy Sim 9-3; Raphael Loh bt Mohammad Ammar 9-4; Robert Yee bt Fong Chi Yung 9-8; Peter Lee bt Wilson Choong 9-7.

-- BERNAMA



Bekas Pemain Bola Sepak N. Sembilan Burhanuddin Joned Terlantar Di Hospital

SEREMBAN, 24 Sept (Bernama) -- Bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan era 70-an dan 80-an, Burhanudin Joned, 52, kini terlantar di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) sejak seminggu lepas untuk menerima rawatan penyakit saraf yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.

Isteri beliau, Rosmawati Abd Manaff, 46, berkata suaminya sebelum ini telah dimasukkan di unit rawatan rapi hospital berkenaan selama dua bulan setelah penyakitnya bertambah teruk.

"Walaupun tidak boleh bercakap dan lemah tetapi keadaannya stabil," katanya kepada pemberita, Rabu..

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri, Abd Samad Ibrahim menziarah dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Burhanudin di HTJS.

Rosmawati berkata beliau tidak pasti berapa lama suaminya akan menerima rawatan di hospital.

Abd Samad berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) untuk memberi bantuan yang sesuai kepada Burhanudin.

Di zaman kemuncaknya Burhanudin, bekas kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) banyak membantu dalam pembangunan bola sepak Negeri Sembilan.

Burhanudin serta isteri dan empat orang anaknya tinggal di Taman Desa Permai, Sikamat di sini.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rosmawati di talian 012-3364986 atau 017-3599202.

-- BERNAMA



Terpulang Kepada MTA Untuk Saman, Kata Pesuruhjaya Sukan

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pesuruhjaya Sukan Datuk Nik Mahmud Nik Yusuf berkata beliau tidak akan menarik balik keputusan untuk membatalkan jawatankuasa sedia ada dalam Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) walaupun bakal berdepan tindakan saman daripada presiden MTA.

"Saya bersedia untuk menghadapi tindakan saman tersebut namun tidak akan berganjak dengan keputusan yang telah diambil sebelum ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.

Nik Mahmud berkata demikian sebagai mengulas tindakan presiden MTA, Raja Taharuddin Nong Chik yang mengarahkan peguamnya menghantar saman kepada Pesuruhjaya Sukan meminta menarik balik keputusan mengarahkan Raja Taharuddin melepaskan jawatannya dan membubarkan jawatankuasa sedia ada.

Arahan terbaru Pesuruhjaya Sukan itu juga menyaksikan semua jawatan dalam MTA perlu dikembalikan kepada kepimpinan lama yang diterajui oleh Ho Kham Pow, sebelum persatuan tersebut dilanda krisis kepimpinan.

Nik Mahmud menegaskan tindakan yang diambil pihaknya adalah muktamad dan tiada siapa yang boleh menghalang keputusan tersebut kerana ia dibuat bersama Menteri Belia Dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Mereka bagaimanapun berhak untuk menyaman bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang diambil Pejabat Pesuruhjaya Sukan, katanya.

"Adalah masih terlalu awal untuk saya membuat huraian berhubung perkara ini sebelum menerima sendiri surat saman dari peguam presiden MTA seperti yang didakwanya dalam akhbar hari ini," katanya.

Beliau berkata keputusan untuk mengembalikan semula pucuk pimpinan MTA kepada pemegang jawatan terdahulu adalah berdasarkan aduan yang diterima awal tahun ini dan tindakan susulan diambil bagi meleraikan kemelut yang melanda badan induk taekwondo itu.

"Telah menjadi tanggungjawab Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan persatuan sukan di negara ini.

"Tindakan yang telah diambil ke atas MTA bukannya untuk menunjuk-nunjuk bahawa kami membuat kerja seperti yang didakwa dalam akhbar hari ini," jelasnya berhubung dakwaan Raja Taharuddin bahawa tindakan terbaru Nik Mahmud itu adalah untuk menunjuKkan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sukan membuat kerja.

-- BERNAMA



Latihan tidak berubah

BERGELAR atlet negara menuntut satu pengorbanan yang besar. Ia bukan satu tugas yang mudah untuk dipikul walaupun ada segelintir pihak melihat mereka seolah-olah dibaluti kesenangan lantaran hanya perlu berlatih untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Segala tenaga dan kudrat yang ada dikerah sepenuhnya bagi memperbaiki kelemahan semata-mata untuk berjuang di gelanggang kejohanan dan menghadiahkan kilauan pingat buat negara tercinta.

Setiap hari, mereka perlu menjalani rutin harian yang ketat berbanding dengan remaja lain yang boleh melakukan apa saja yang disukai pada waktu lapang.

Malah, Ramadan juga bukan alasan untuk mereka tidak menjalani latihan, sebaliknya pada bulan inilah, ketahanan mental dan fizikal masing-masing teruji dek keletihan berpuasa.


TIADA sebarang pengecualian dalam latihan terhadap atlet sepanjang bulan puasa.


Kosmo! berpeluang mengikuti aktiviti harian sekumpulan atlet boling padang negara di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tinjauan ini membuatkan sesiapa sahaja akan membutirkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan mereka, meskipun terpaksa berlatih di bawah terik mentari sejak awal pagi sehingga pukul 12 tengah hari.

Menurut jurulatih boling padang kebangsaan, Mohd. Ariffin Abd. Ghani, 56, tiada sebarang pengecualian dalam latihan terhadap atlet sepanjang bulan puasa. Sebaliknya latihan diteruskan seperti biasa.

"Pengecualian latihan memang tidak dilakukan terhadap atlet, tidak kira daripada sukan apa sekali pun. Mereka perlu menjalani latihan sama ada dari aspek taktikal mahupun teori. Ini kerana, latihan merupakan perkara utama untuk membolehkan mereka mencapai kejayaan apabila bertanding kelak," katanya yang lebih mesra dipanggil Cikgu Ariffin dalam kalangan anak-anak buahnya.


MESKIPUN berpuasa, semangat untuk berlatih tetap ada.


Bagaimanapun, tambah Cikgu Ariffin, sesi latihan pada bulan puasa sedikit berbeza dengan hari-hari biasa. Ia bertujuan untuk meringankan sedikit beban atlet yang sudah tentu kepenatan menjalani ibadah puasa.

"Berbeza dengan hari biasa, atlet hanya perlu menjalani latihan untuk satu sesi pada sebelah pagi hingga tengah hari. Kemudian pada waktu petang, mereka akan mengikuti sesi yang dikendalikan oleh Institut Sukan Negara (ISN)," ujarnya.

Antara aktiviti yang disediakan pihak ISN termasuklah tayangan video untuk menilai prestasi individu oleh Pusat Biomekanik, urutan dan fisiologi (Pusat Fisiologi Senaman), sesi penilaian komposisi tubuh, program pengurusan berat badan dan konsultasi pemakanan (Pusat Pemakanan Sukan) dan penilaian tahap kecergasan fizikal atlet secara berkala (Pusat Suaian Fizikal).




Selain itu, jika tidak menjalani latihan di padang pada waktu pagi, atlet boling padang negara akan mengikuti program latihan di gimnasium yang diselia oleh pegawai yang berkaitan.

Bagi pemenang pingat gangsa Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2006 di Warilla, Australia, Nor Hashimah Ismail, pengalaman bergelar atlet negara selama 16 tahun nyata mematangkan dirinya dalam segenap segi.

"Sejak tahun 1992, saya telah menceburkan diri dalam arena sukan tanah air. Pengalaman menjalani latihan sepanjang bulan puasa pula telah menjadikan saya lali dengan situasi tersebut. Namun, saya akui pada awalnya, kesabaran saya hampir tergugat akibat kepenatan yang dirasai.


WALAUPUN sibuk menjalani latihan, kewajipan sebagai umat Islam tidak ditinggalkan.


"Sesi latihan selama hampir lima jam bermula seawal pukul 7.30 pagi sehingga 12 tengah hari, sudah tentu mendatangkan rasa penat yang tidak terhingga. Kulit terasa seperti dibakar dek kehangatan mentari dan tekak begitu perit kerana menahan dahaga.

"Kalau hari biasa, kami akan minum beberapa botol air kosong setelah atau ketika menjalani latihan di padang. Tetapi, sepanjang bulan puasa, tiada apa yang dapat kami lakukan, selain menahan rasa haus," luahnya sambil tersenyum.

Itu baru cerita tentang haus dan panas matahari. Belum lagi, cabaran ketika membaling bola yang bukannya ringan.

"Ada sesetengah bola yang mencecah tiga kilogram bergantung pada saiz badan seseorang atlet.

"Jika balingan yang dilakukan sekali dua, memanglah tidak terasa penatnya tetapi dalam tempoh lima jam tersebut, kami lakukan ratusan balingan. Saat itulah yang paling sukar untuk kami hadapi.


WAKTU berbuka menjadi medan untuk mereka berkongsi pelbagai cerita.


"Tetapi, alhamdulillah...saya berjaya mengatasinya. Itulah sumbangan yang dapat kami berikan kepada negara," jelas Nor Hashimah yang juga merupakan kapten wanita bagi skuad boling padang kebangsaan.

Selain itu, sepanjang bulan Ramadan, bermula dari pukul 5 hingga 7 petang, semua atlet boling padang berpeluang melakukan aktiviti yang digemari kerana dalam tempoh tersebut, tiada sebarang latihan dijalankan.

Biasanya, mereka lebih gemar memerap di dalam bilik sambil berehat atau bersembang dengan rakan-rakan, menyiapkan tugasan bagi atlet yang masih belajar dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan itu untuk melelapkan mata.

"Kalau saya, tempoh dua jam yang diberikan itu akan dimanfaatkan sebaik-baiknya iaitu tidur. Maklumlah, setelah mengikuti pelbagai aktiviti dari pagi, jadi ruang waktu tersebutlah medan kami untuk merehatkan diri," kata pemain yang menduduki ranking keempat Malaysia, Khairul Anuar Abd. Kadir sambil tersenyum.




Apabila tiba waktu berbuka, biasanya mereka hanya makan kurma, kuih dan air minuman seperti teh atau nescafe terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Setelah menyelesaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa, barulah mereka akan ke kafeteria untuk menikmati sajian berbuka yang disediakan oleh MSN menerusi Unit Pemakanan ISN.

Pada waktu inilah, masing-masing mengambil kesempatan untuk bercerita panjang mengenai pelbagai topik sama ada isu politik, prestasi latihan atau perkara-perkara yang berlaku di dalam mahupun luar negara.

Selain itu, tidak ketinggalan masing-masing akan bercerita tentang persiapan yang telah dilakukan menjelang ketibaan Syawal kelak dan sekali-sekala,, meja yang diduduki atlet boling padang negara akan riuh dengan gelak ketawa mereka apabila ada perkara yang mencuit hati diperkatakan.

Seusai menikmati juadah berbuka, surau akan menjadi destinasi seterusnya untuk mereka menunaikan solat Isya' dan terawih secara berjemaah bersama atlet-atlet lain yang tidak menjalani latihan pada waktu malam.

"Walaupun penat berlatih pada siang hari, tetapi sepanjang bulan Ramadan, kami tidak mahu ketinggalan untuk mengimarahkan malam harinya dengan aktiviti berterawih dan membaca al-Quran," jelas Fairul Izwan Abd. Muin selaku kapten lelaki skuad elit boling padang negara.

Comments

Popular posts from this blog

Ex-coach's jail sentence cut to a year

PUTRAJAYA: The Court of Appeal yesterday sentenced former athletics coach C. Ramanathan to 12 months' jail for molesting two junior athletes 19 years ago. A three-man bench led by Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus unanimously dismissed Ramanathan's appeal against conviction, but varied the jail sentence of four years to a year, which was to run concurrently. Following yesterday's ruling, Ramanathan, 75, a former teacher, walked out a free man as he had served 10 months in Kajang Prison. Convicts get one-third remission for good behaviour while in prison. However, he will lose his pension. Hishamudin, who sat with Datuk Abdul Wahab Patail and Datuk Linton Albert, said the court found no merit to overturn the conviction. "However, in reducing the sentence, we considered Ramanathan's age and the long years the appeal has taken." Deputy public prosecutor Awang Armadajaya Awang Mahmud submitted that then High Court judge Tan Sri Abdull Hamid E...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...