Skip to main content

April tarikh baru JM 2009


ASTAMAN menjawab soalan pemberita pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.


SECARA rasminya, kejohanan lumba basikal tertua negara, Jela- jah Malaysia (JM) 2009 telah ditangguhkan semalam.

Kejohanan berstatus 2.2 yang sepatutnya berlangsung pada 11 hingga 18 Januari tahun depan itu telah ditangguhkan pada pertengahan April.

Pengerusi Penganjur JM2009, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, kejohanan itu terpaksa ditangguhkan kerana mereka gagal mendapatkan penaja utama.

Tidak seperti dua edisi yang lalu (JM2007 dan JM2008), penganjur, Ten Speed Events Sdn. Bhd. berjaya menganjurkan kejohanan ini penuh gemilang.

"Kami tidak mahu acara yang berprestij ini dijalankan dalam keadaan serba kekurangan sehingga menyebabkan reputasi acara ini luntur seperti tahun-tahun sebelum 2007," kata Astaman pada satu sidang media di Kuala Lumpur semalam.

"Kegagalan menganjurkan kejohanan ini tidak hanya akan menjejaskan imej negara, tetapi turut melunturkan minat peminat sukan lumba basikal.

"Biarlah kita kena denda gara- gara menangguhkan acara ini dari- pada menanggung beban hutang dan malu besar akibat kegagalan menganjurkannya."

Selain suntikan kewangan, penganjur juga mengambil kira faktor masa yang tidak sampai dua bulan sahaja lagi.

Meskipun mereka berjaya mendapatkan penaja utama dalam tempoh terdekat, keadaan ini pasti membebankan petugas kejohanan sama ada di pihak penganjur, negeri dan agensi-agensi yang lain.

Menurut Astaman, bekerja dalam keadaan terdesak mungkin akan menyebabkan mereka membuat keputusan yang boleh memberikan kesan negatif kepada kejohanan ini.

Malah penangguhan ini juga terpaksa dibuat kerana penganjur mahu menjaga rating yang diberikan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Bermula dengan 21 peratus pada tahun 2007, rating kejohanan ini meningkat hingga 85 peratus, cuma satu peratus di belakang LTdL tahun ini.

Sementara itu Penasihat UCI Asia Tour, Jamaludin Mahmood berkata, tarikh baru yang dicadang iaitu pada 19 hingga 26 April 2009 adalah sangat bersesuaian.

"Tarikh ini berdekatan dengan Jelajah Jawa Timur (Tour de East Java) dan Jelajah Thailand.

"Dengan ini, penganjur dapat menjimatkan kos yang membabitkan penyertaan pelumba-pelumba luar negara dalam ketiga-tiga kejohanan ini.

"UCI tidak mempunyai masalah dalam penundaan tarikh perlumbaan kerana situasi menangguh dan membatalkan kejohanan berlaku di mana-mana sahaja termasuk pada perlumbaan besar di Eropah ekoran disebabkan oleh masalah penajaan dan kewangan," tegasnya.

KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...