Skip to main content

Bukan rezeki saya - Aminuddin

Oleh MUSTAPA LAKAWA

PENGURUS Besar Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Aminuddin Nasir mahu semua pihak menerima secara positif peletakan jawatannya dalam badan sukan olahraga negara itu.

Sambil menyifatkan ia sebagai keputusan terbaik demi masa depan sukan tersebut, Aminuddin bagaimanapun enggan menyalahkan mana-mana pihak di sebalik keputusan mengejut yang dibuatnya itu.

"Dalam sukan, apa-apa boleh berlaku dan mungkin rezeki saya tiada di sini (KOAM)," jelas Aminuddin kepada Kosmo! semalam.

"Secara jujurnya, biarlah saya tinggalkan kesatuan ini dengan cara baik tanpa mahu menimbulkan sebarang masalah kepada pihak lain.

"Mungkin juga dengan keputusan ini, pertelagahan yang sering berlaku dalam KOAM akan menjadi semakin kurang."

Aminuddin dilantik sebagai Pengurus Besar KOAM bagi menggantikan Lt. Kol (B) Hamid Barkat pada Januari 2007.

Menurutnya lagi, surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 17 November lalu.

Begitupun Aminuddin enggan mengulas keputusannya itu walaupun wujud laporan yang mengaitkan ia berpunca daripada isu Persatuan Olahraga Amatur Angkatan Tentera (POAAT).

"Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dan biarlah keputusan ini dipandang dari sudut positif.

"Saya tidak mahu bermasam muka dengan sesetengah pihak hanya kerana isu ini kerana dunia sukan kita cukup kecil dan bila-bila masa kita boleh berjumpa.

"Namun, saya boleh katakan bahawa hati saya cukup dekat dengan masalah-masalah atlet kerana saya juga adalah bekas atlet.

"Jadi, jika timbul sebarang masalah, saya begitu terasa dan mungkin juga kerana saya pernah melalui perkara yang sama," jelas Aminuddin yang juga bekas atlet lumba basikal negara.

"Apa pun, saya tetap terima semua situasi ini sebagai asam garam dalam dunia sukan dan saya boleh katakan bahawa rezeki saya sudah tiada di sini."

Sementara itu, Aminuddin juga berharap penggantinya selepas ini mampu menjalankan tugas dengan baik demi memajukan sukan olahraga negara.

"Posisi ini (pengurus besar) cukup bagus kerana kita akan berhubung terus dengan semua pihak termasuk atlet dan pihak pengurusan. Apa yang penting individu terbabit perlu bijak menyesuaikan diri dengan situasi dalam KOAM," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...