Skip to main content

DSN dibentang Disember ( 19 Nov. 2008)


ISMAIL SABRI mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama KBS, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mengenai Program Pembangunan Sukan
di Kuala Lumpur semalam.


DASAR Sukan Negara (DSN) akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan (JKPS) akhir tahun ini.

Demikian jelas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, cadangan dan pandangan yang dikemukakan pada Konvensyen Sukan Kebangsaan pada 12 November lepas akan turut dimasukkan ke dalam dasar itu.

"Kita dalam draf terakhir. Kita menunggu selepas Konvensyen Sukan, takut ada perkara baru yang perlu dimasukkan dalam Dasar Sukan Negara.

"Sekarang ini, kita tengah perhalusi draf dasar tersebut dan kita akan bentangkan, jangkaannya pada akhir tahun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mengenai Program Pembangunan Sukan di ibu negara semalam.

Pada Mac lepas, Ismail memberi tempoh enam bulan kepada satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KBS, Mohd. Yassin Mohd. Salleh untuk membuat penambahbaikan kepada DSN agar relevan dengan keadaan semasa.

Jika dasar itu diterima oleh JKPS yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ia akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan sebelum diguna pakai sebagai asas menentukan hala tuju sukan di negara ini.

DSN yang diluluskan pada 1988 menyebabkan banyak jenis sukan yang belum wujud atau popular ketika itu tidak disenaraikan.

Mengenai mesyuarat semalam, Ismail berkata, kementeriannya bercadang menubuhkan Pusat Sains Sukan dan pakar psikologi di seluruh negara.

Katanya, cadangan berkenaan akan dikemuka- kan kepada JKPS pada 1 Disember ini dan Institut Sukan Negara (ISN) diminta menyediakan perkara-perkara terperinci mengenainya.

Menurut Ismail Sabri, hingga kini hanya empat Pusat Satelit Sains Sukan diwujudkan iaitu di Johor, Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Katanya, kerajaan tidak memerlukan belanja yang tinggi untuk membina bangunan baru bagi melaksanakan program-program berkenaan, sebaliknya menggunakan kemudahan sedia ada.

"Kita tak perlu bangunan sendiri, malah kita boleh berbelanja rendah. Kita boleh gunakan tempat-tempat seperti Pejabat Belia dan Sukan Negeri, kompleks Rakan Muda atau stadium- stadium. Kita cuma perlu buat sedikit baik pulih. Yang penting ialah pengisiannya seperti ada doktor dan peralatan," katanya.

Mengenai Program Pembangunan Sukan, ketiga-tiga kementerian tersebut telah bersetuju untuk memberi fokus kepada tujuh sukan utama yang dijangka dapat menyumbang pingat kepada negara dalam Sukan Olimpik iaitu badminton, bola sepak, hoki, memanah, sepak takraw, olahraga dan gimnastik.

Katanya antara langkah yang diambil ialah dengan mengadakan program menambah bila- ngan jurulatih yang akan memberi keutamaan kepada bekas-bekas atlet.

KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...