Skip to main content

Hajat Chong Wei tebus kekecewaan tidak kesampaian




IMPIAN menebus kecewa tidak kesampaian.

Semuanya gara-gara kecederaan dan ia juga bermakna cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong turut berakhir, lapor RADIAH SAORI.

Menarik diri dan itulah keputusan yang diambil oleh pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei semalam.

Ketika mahu memulakan aksi pada pusingan pertama, Chong Wei terpaksa membuat keputusan tersebut pada saat-saat akhir selepas mengalami kekejangan otot kaki.

Impiannya untuk membalas dendam ke atas pemain China, Lin Dan juga musnah.

Kedua-dua pemain ini dikatakan bakal bertembung sekali lagi pada perlawanan akhir jika berjaya melepasi halangan pada peringkat awal.

Namun nasib nampaknya tidak menyebelahi Chong Wei.

Dia dijadual menentang pemain kurang ternama dari Jerman, Marc Zwiebler pada pusingan pertama semalam namun terpaksa menarik diri selepas mendapat nasihat daripada ahli fisioterapi serta jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

Menurut Misbun yang tidak bersama Chong Wei di Hong Kong, pemain berusia 26 tahun itu ada menghubunginya untuk memberitahu keputusannya itu dan menjelaskan keadaan sebenar.

"Chong Wei ada menghubungi saya sebelum menarik diri bagi menjelaskan keadaan sebenar," kata Misbun ketika dihubungi Kosmo! semalam.

"Menurutnya, dia mengalami kekejangan kaki dan ahli fisioterapi yang turut berada di sana (Hong Kong) juga telah mengeluarkan surat untuk mengesahkan keadaan Chong Wei.

"Namun kecederaannya itu tidak serius dan tidak membimbangkan."

Misbun turut menegaskan keputusan anak didiknya itu bukan disebabkan tahap keyakinan diri yang semakin menurun ekoran kekalahan ke atas Lin Dan pada perlawanan akhir Terbuka China Ahad lalu.

"Saya tidak fikir ia berkaitan dengan keadaan mental Chong Wei," jelas Misbun.

"Dia sememangnya mengalami kekejangan kaki dan lebih baik sekiranya dia menarik diri daripada mengalami kecederaan yang lebih serius.

"Lagi pula saya tidak kisah kerana selama ini dia telah menunjukkan permainan yang konsisten. Daripada dia berasa tidak selesa ketika beraksi, lebih baik dia menarik diri.

"Sekurang-kurangnya kini dia akan dapat fokus kepada persiapan beraksi pada Final Masters bulan depan."

Sementara itu dua lagi wakil perseorangan lelaki negara, Wong Choong Hann serta Chong Wei Feng tewas kepada lawan masing-masing.

Pemain veteran, Choong Hann tewas kepada pemain Korea Selatan, Hong Ji-joon 21-12, 10-21, 15-21 manakala Wei Feng gagal menandingi kehebatan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat apabila tewas 9-21, 15-21.

Dalam pada itu, saingan bagi acara perseorangan wanita kini hanya digalas oleh Julia Wong Pei Xian.

Julia mara selepas menewaskan pemain Jepun, Ai Goto 21-16, 21-18 ketika Wong Mew Choo serta Lydia Cheah Li Ya tewas kepada pemain China.

Mew Choo tewas kepada pilihan kelima, Zhu Lin 15-21, 11-21 manakala Lydia tewas kepada Jian Yanjiao 10-21, 21-23.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Khairy Pertikai Keputusan FAM Beri Hak Tuan Rumah Kepada Pahang

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas. "Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000. "Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaku...