Skip to main content

'Jangan sampai jadi barah'




PETALING JAYA - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah (gambar) meminta persatuan negeri memantapkan pengurusan kewangan masing-masing bagi mengelak pemain terlibat dalam gejala rasuah bola sepak yang pernah menggemparkan negara pada pertengahan 1990-an , lapor SAYED HESHAM IDRIS.

Baginda bertitah, kelemahan pengurusan persatuan bola sepak negeri sehingga berlaku masalah gaji dan tidak mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibimbangi beliau yang akhirnya akan mengheret pemain terlibat dalam gejala negatif seperti mana isu rasuah dalam bola sepak tempatan pada 1994 dan 1995.

''Persatuan negeri yang dibelenggu masalah pembayaran gaji yang lewat dan tidak konsisten membayar caruman KWSP, bahkan ada yang tidak langsung membuat caruman harus diberi perhatian serius dan sentiasa dipantau.

''Pengurusan kewangan persatuan harus dikendalikan secara teratur, jujur dan telus bagi mengelak sebarang masalah terutama dengan agensi-agensi kerajaan.

''Jika pemain berdepan masalah kewangan, tidak mustahil mereka yang teraniaya ini akan tergoda dengan gejala-gejala negatif yang boleh memusnahkan industri bola sepak tempatan.

''Sebab itu saya amat sedih apabila gejala rasuah hampir memusnahkan industri bola sepak negara pada pertengahan 1990-an.

''Apa yang dibimbangi, berdasarkan laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) gejala ini telah menular semula ke dalam liga kita.

''Saya tidak mahu gejala ini menjadi barah dalam industri bola sepak kita,'' titah baginda pada Mesyuarat Exco FAM Kelima di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Titah baginda itu dibacakan oleh Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin.

Sultan Ahmad Shah turut melahirkan rasa kecewa dan marah apabila dimaklumkan penjualan tiket secara haram dikesan pada musim lalu dan meminta perkara itu segera dibendung.

''Saya tidak mahu pula nanti apabila siasatan dijalankan, ada kakitangan persatuan yang terlibat dengan pihak tertentu menjalankan kegiatan tersebut,'' ujar baginda.

Baginda turut menyentuh mengenai kekalahan 1-4 skuad bola sepak negara kepada tuan rumah Myanmar dalam kejohanan bola sepak Piala Cabaran Grand Royal baru-baru ini.

''Saya berharap jurulatih B. Sathianathan mengambil iktibar daripada kekalahan tersebut dan memperbaiki kelemahan sebelum menyertai kejohanan Piala Suzuki AFF di Bangkok.

''Berdasarkan keupayaan skuad negara muncul naib juara kejohanan Pestabola Merdeka baru-baru ini, tidak mustahil anak buah Sathianathan mampu mengukir sejarah di kejohanan lain kali ini,'' titah baginda.

Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa syukur kerana kedudukan skuad negara dalam rangking dunia naik 10 anak tangga pada kedudukan 151 sekarang.

''Walaupun peningkatan itu tidaklah sebaik mana, sekurang-kurangnya ia menampakkan perkembangan positif yang telah kita harungi pada tahun ini.

''Walaupun rangking kita menunjukkan peningkatan, kita tidak seharusnya berpuas hati sebaliknya terus berusaha mewujudkan sebuah pasukan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa,'' titah baginda.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...