Skip to main content

Malaysia sasar keputusan terbaik

Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama pasukan Go-Kart Malaysia bersorak 'Malaysia Boleh!' selepas penyerahan Jalur Gemilang di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA - Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya kedudukan kelima dalam Kejohanan Go-Kart Rotax Max Challenge di Litar La Conca, Muro Leccese, Itali dari 27 hingga 30 November ini, lapor THOMAS CHONG.

Ketua kontijen Malaysia, Sayed Alfeizal Sayed Ahmad berkata, harapan pasukan negara disandarkan kepada juara Go-Kart Siri Asia, Muhammad Nabil yang akan beraksi dalam kategori Junior Max.

''Selain itu, enam lagi peserta yang akan mewakili negara dalam Junior Max, Senior Max dan DD2 juga dipercayai mampu memberi saingan sengit kepada pasukan negara lain.

''Mereka ialah Ryan Ritchie dalam kategori Junior Max, James Lee, Mikko Nassi dan M. Afiq Ikhwan dalam kategori Senior Max serta John King dan Ooi Fei Hoong dalam kategori DD2," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri kepada pasukan Malaysia di sini, semalam.

Kejohanan Go-Kart Rotax Max Challenge diperkenalkan buat pertama kali di Puerto Rico pada tahun 2000.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah kejohanan itu dua kali iaitu pada tahun 2001 dan 2005 di Litar Go-Kart Antarabangsa MORAC, Pulau Langkawi.

Sayed Alfeizal berkata, pencapaian terbaik Malaysia dalam Kejohanan Go-Kart Rotax Max Challenge ialah pada kejohanan 2005 di Pulau Langkawi apabila Aaron Lim menduduki tempat keenam dalam kategori Senior Max manakala Calvin Wong pernah menduduki tempat kesembilan menerusi kategori Junior Max pada kejohanan 2007 di Al-Ain, Emiriah Arab Bersatu.

''Justeru dalam kejohanan akan datang di Itali, kami menyasarkan keputusan yang lebih baik iaitu sekurang-kurangnya pada tempat kelima," katanya.

Beliau berkata, tujuh peserta, pengurus pasukan dan mekanik dari Malaysia akan berlepas ke Itali, Sabtu ini.

''Kami berlepas lebih awal bagi membolehkan peserta menjalani dan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana," katanya.

Tambahnya, pasukan Malaysia sejak beberapa bulan lalu menjalani latihan setiap minggu sebagai persediaan menghadapi pasukan terkenal dari seluruh dunia.

''Kami menjangkakan pasukan tuan rumah sendiri akan memberi persaingan yang sengit kepada pasukan Malaysia dan pasukan dari negara-negara lain," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Khairy Pertikai Keputusan FAM Beri Hak Tuan Rumah Kepada Pahang

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas. "Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000. "Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaku...