Skip to main content

Mew Choo cicir, Chong Wei mara


Lee Chong Wei

RANGKULAN terhadap gelaran dimenangi tahun lalu terpaksa dileraikan Wong Mew Choo yang kecundang di tangan pemain muda tuan rumah pada pusingan kedua Siri Super Terbuka China di Shanghai, semalam.

Namun berita gembira dijelmakan pemain wanita nombor dua negara, Julia Wong Pei Xian dan tonggak veteran, Wong Choong Hann, yang masing-masing melakar kejutan untuk mara ke suku akhir.

Turut sama melangkah ialah pemain utama, Lee Chong Wei (gambar), yang mudah membenam tentangan pemain veteran Hong Kong, Ng Wei, 21-13, 21-14.

Mew Choo tampak berdepan kesukaran sejak awal pertemuan pusingan kedua dengan Zhu Jingjing apabila tewas mudah 11-21 pada set pertama. Biarpun cuba bangkit melawan, dia tidak terdaya mengelak kekalahan 14-21 pada set kedua.

Julia pula mempamer ketenangan pada detik genting set pertama 19-20, untuk menang 22-20 dan biarpun kalah set kedua 10-21, bangkit dengan aksi bertenaga untuk membenam pilihan ketiga dari Denmark, Tine Rasmussen 21-10 pada set penentuan.

Choong Hann juga membuktikan masih punya ketahanan fizikal mantap dalam pertentangan dengan pilihan kelima dari Denmark, Peter Gade, apabila menang 17-21, 21-18, 21-16 selepas bertarung selama 66 minit.

Skuad negara turut memiliki tiga gandingan ke suku akhir beregu lelaki selepas Mohd Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, meneruskan langkah.

Zakry-Fairuzizuan menang 21-13, 21-16 ke atas lawan senegara, Hong Chieng Hun-Choong Hann, Kien Keat-Boon Heong mengatasi Chai Biao-Liu Xiaolong 21-10, 21-13 dan Tan Fook-Wan Wah menang 22-20, 21-8 menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim Ki-jung-Ko Sung-hyun.

Gandingan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui turut meneruskan rentetan prestasi baik untuk ke suku akhir selepas menang 21-13, 21-10 ke atas beregu muda tuan rumah, Deng Yuting-Tang Jinhua.

BH

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...