Skip to main content

Mew Choo terus ditimpa malang


MEW CHOO tewas mengejut kepada pemain China pada aksi pusingan kedua Terbuka China semalam.


NASIB malang masih menghantui ratu badminton negara, Wong Mew Choo.

Selepas tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Perancis awal bulan ini, Mew Choo yang memburu tiket Final Masters bulan depan, tewas mengejut kepada pemain ranking ke-99 dunia, Zhu Jingjing pada pusingan kedua Terbuka China semalam.

Mew Choo yang turun selaku juara bertahan, tewas 11-21, 14-21 dalam permainan yang mengambil masa 40 minit.

Pilihan ketujuh kejohanan itu kini berdepan risiko gagal melayakkan diri beraksi pada Final Masters yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada 18 hingga 21 Disember sekiranya gagal menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik dalam ranking Super Series 2008.

Mew Choo kini menduduki ranking ke-10 Super Series dan hanya lapan pemain terbaik sahaja yang bakal beraksi pada Final Masters yang menawarkan hadiah lumayan AS$500,000 (RM1.8 juta) itu.

Seorang lagi pemain wanita perseorangan negara, Julia Wong Pei Xian pula beraksi cemerlang apabila menewaskan pemain pilihan ketiga dari Denmark, Tine Rasmussen 22-20, 10-21, 21-10.

Pada pusingan suku akhir hari ini, Julia akan menentang seorang lagi pemain China, Wang Lin yang menewaskan pemain Jerman, Xu Huaiwen Xu 21-17, 21-15.

Mengiringi Julia ke pusingan suku akhir ialah dua pemain lelaki perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Choong Hann yang akan bertemu sesama sendiri hari ini.

Chong Wei yang terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan pemain ranking ke-109 dunia, Qiu Yanbo pada pusingan pertama kelmarin, mudah menundukkan pemain Hong Kong, Ng Wei 21-13, 21-14.

Manakala Choong Hann tampil cemerlang apabila menyingkirkan pemain pilihan kelima dari Denmark, Peter Gade 17-21, 21-18, 21-16.

Dalam pada itu, tiga beregu lelaki utama negara dengan diketuai Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari turut melangkah ke pusingan suku akhir.

Zakry-Fairuzizuan yang diletakkan sebagai pilihan keempat, mudah menewaskan rakan sepasukan, Choong Hann-Hong Chieng Hun 21-13, 21-16. Turut mara bekas juara Seluruh England, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan beregu veteran, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah.

Kien Keat-Boon Heong menewaskan beregu China, Chai Biao-Liu Xiaolong 21-10, 21-13 manakala Tan Fook-Wan Wah menyingkirkan beregu Korea Selatan, Kim Ki Jung-Ko Sung Hyun 22-20, 21-8.

Beregu wanita No. 1 negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui turut mara ke suku akhir selepas menewaskan beregu China, Deng Yuting-Tang Jinhua 21-13, 21-10.

KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...