Skip to main content

Misi balas dendam tak tercapai


CHONG WEI sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan.


HAJAT jaguh negara, Lee Chong Wei untuk membalas dendam terhadap seteru utamanya, Lin Dan dari China tidak kesampaian.

Selepas tiga bulan menunggu, akhirnya Chong Wei kembali 'disatukan' dengan Lin Dan.

Bagaimanapun Chong Wei sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan apabila tewas 18-21, 9-21 pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka China di Gimnasium Yuen Shen, Shanghai semalam.

Terdahulu, Chong Wei turun dengan misi membalas dendam selepas dia tewas kepada jaguh China itu pada perlawanan akhir Sukan Olimpik di Beijing Ogos lalu.

Pada aksi semalam, Chong Wei yang dilihat mampu memberi tekanan kepada Lin Dan khususnya di set pertama terpaksa tunduk dalam pertarungan yang memakan masa 39 minit.

Berbekalkan sokongan padu ira-kira 20,000 penyokong sendiri, Lin Dan ternyata sekali lagi berada dalam kelas tersendiri bagi menjinakkan Chong Wei yang juga pemain No. 1 dunia.

Sebelum itu, harapan untuk menyaksikan beregu wanita negara muncul juara juga tidak kesampaian.

Gandingan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui sekadar berpuas hati muncul naib juara apabila tewas 14-21, 19-21 kepada beregu tuan rumah, Zhang Yawen-Zaho Tingting dalam tempoh 46 minit.

Dalam acara perseorangan wanita yang melibatkan pemain tuan rumah, Jiang Yanjiao menewaskan Zhu Jingjing, 21-15, 21-13.

Bagi acara beregu lelaki, pasangan Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae terpaksa bekerja keras sebelum menumpaskan pasangan Denmark, Boe Mathias-Mogensen Carsten 17-21, 21-17, 21-13.

Manakala bagi acara beregu campuran, satu lagi pasangan Korea Selatan, Lee Yong Dae-Lee Hyo Jung menewaskan pasangan China, Xu Chen-Zhao Yunlei, 21-16, 21-15.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...