Skip to main content

Nicol teruskan penguasaan

Tundukkan bintang tuan rumah saingan Terbuka Hong Kong

RATU skuasy negara, Nicol David, meneruskan penguasaannya dalam kejohanan Terbuka Hong Kong apabila menundukkan pemain tempatan, Rebecca Chiu 11-8, 11-5, 8-11, 11-2, semalam.

Pemain nombor satu dunia berusia 25 tahun itu yang memburu gelaran ketiga berturut-turut di Terbuka Hong Kong, mengambil masa 34 minit untuk menumbangkan Rebecca - selaku pilihan ke-13 kejohanan, yang mendapat sokongan padu daripada penyokong tempatan.

"Ia menjadi perlawanan yang hebat untuk disaksikan oleh penonton di sini, Mereka benar-benar memberikan sokongan padu kepada Rebecca dan menyuntik semangatnya untuk memberi tentangan sengit kepada saya.

"Saya sedar pada set keempat saya perlu kembali saya tidak tergelincir dan memaksa Rebecca terpaksa mengikut rentak permainan saya," kata Nicol.

Bagi Rebecca pula, tahun ini dia tetap berasa gembira dapat memberikan tentangan sengit terhadap Nicol berbanding permainannya pada tahun lalu yang menyaksikan dia menyerah mudah kepada pemain nombor satu dunia itu.

Nicol, memulakan permainan dengan langkah kanan apabila berjaya mendahului Rebecca pada dua set pertama sebelum tewas di set ketiga di tangan Rebecca yang mendapat sokongan padu penonton.

Set keempat menyaksikan Nicol pantas memburu mata demi mata dan mengunci langkah Rebecca untuk menang 11-2 serta menempah tempat ke saingan suku akhir yang nyata lebih mencabar.

Sementara itu, cabaran pemain lelaki negara berakhir semalam apabila Ong Beng Hee tunduk kepada pilihan ketiga, James Willstrop dari England, 11-8, 11-7, 11-6 dalam perlawanan selama 38 minit.

Seorang lagi pemain negara, Azlan Iskandar, turut tumbang di tangan pemain Perancis yang menduduki ranking kedua dunia serta finalis Terbuka Qatar, Gregory Gaultier 11-6, 11-5, 11-4.

BH

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Khairy Pertikai Keputusan FAM Beri Hak Tuan Rumah Kepada Pahang

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas. "Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000. "Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaku...