Skip to main content

Pei Tty-Eei Hui kini beregu No. 2 dunia


PEI TTY (depan) dan Eei Hui mara ke pusingan suku akhir Terbuka Hong Kong semalam.


BEREGU wanita No. 1 negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui terus mengharumkan nama negara.

Selepas mencipta kejayaan sulung pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark bulan lepas, Pei Tty-Eei Hui kini mencipta satu lagi sejarah apabila muncul beregu wanita pertama negara yang berjaya menghuni ranking No. 2 dunia.

Dalam senarai ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, Pei Tty-Eei Hui melonjak tiga kedudukan daripada ranking No. 5 dunia minggu lepas.

Pei Tty-Eei Hui yang memulakan musim ini dengan menduduki ranking ke-11 dunia, mengumpul 63,829 mata berbanding beregu No. 1 dunia dari China, Du Jing-Yu Yang yang memperoleh 79,710 mata.

Kejayaan Pei Tty-Eei Hui menduduki ranking kedua dunia itu merupakan hasil kejayaan mereka mara dalam dua perlawanan akhir berturut-turut iaitu pada Terbuka Perancis dan China bulan ini.

"Ini merupakan ranking terbaik kami dan sudah tentu kami gembira menjadi beregu No. 2 dunia.

"Namun kami tidak ingin terlalu memikirkannya. Buat masa ini, kami hanya ingin mempamerkan aksi terbaik dan bergembira dengan latihan yang dijalankan.

"Saya rasa, ini lebih penting buat kami ketika ini," kata Pei Tty menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim dari Hong Kong semalam.

Dalam pada itu, Pei Tty-Eei Hui yang sudah mengesahkan slot ke Final Masters bulan depan, mara ke pusingan suku akhir Terbuka Hong Kong selepas mudah menewaskan beregu England, Jenny Wallwork-Gabrielle White 21-18, 21-5 semalam.

Pada pusingan suku akhir hari ini, Pei Tty-Eei Hui yang diletakkan sebagai pilihan kedua akan menentang beregu pilihan keenam, Lena Frier Kristiansen-Kamilla Rytter Juhl.

Turut mara dua beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari.

Kien Keat-Boon Heong yang menduduki ranking kelima dunia sekali gus merampas kedudukan beregu No. 1 negara daripada Zakry-Fairuzizuan semalam, menewaskan beregu England, Chris Adcock-Robert Blair 18-21, 21-19, 21-16.

Begitupun, Kien Keat-Boon Heong akan berdepan laluan sukar apabila dijadual menentang beregu No. 1 dunia, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia.

Zakry-Fairuzizuan pula mudah menundukkan beregu senegara, Chan Peng Soon-Lim Khim Wah 21-19, 21-18 untuk bertemu beregu Korea, Cho Gun Woo-Yoo Yeon Seong.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...