Skip to main content

Sultan Ahmad Shah kecewa Malaysia diaibkan Myanmar

KEKALAHAN 4-1 skuad kebangsaan di tangan Myanmar pada separuh akhir Piala Grand Royal Challenge pada 18 November lalu, turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang kecewa dengan kegagalan itu.

Walaupun gembira dengan peningkatan ranking dunia skuad kebangsaan di tangga ke-151, baginda berharap jurulatih kebangsaan, B Sathianathan dapat memperbaiki segala kelemahan sebelum memulakan saingan di Piala Suzuki bulan depan.

"Kekalahan kepada Myanmar amat mengecewakan dan satu pendekatan yang sesuai harus diambil menjelang saingan Piala Suzuki bulan depan. Kita tidak boleh berpuas hati dengan tahap ketika ini kerana usaha mewujudkan skuad kebangsaan berdaya saing harus diteruskan.

"Saya berharap kekalahan itu akan memberi iktibar kepada Sathianthan dan segala kelemahan pasukan dapat diatasi sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Bangkok," titah Sultan Ahmad Shah dalam ucapannya pada mesyuarat Exco FAM yang dibacakan Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin semalam.

Baginda turut mengingatkan persatuan-persatuan bola sepak negeri untuk menguruskan kewangan dengan baik dan memastikan tiada masalah caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sementara itu, Khairy mengumumkan pembayaran 50 peratus geran tahun FAM kepada setiap persatuan bola sepak negeri dan kelab akan dibayar sebelum saingan musim depan bermula pada Januari dan bakinya pada pertengahan musim.

Khairy turut mengumumkan tumpuan FAM pada tahun depan ialah skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23) yang bakal beraksi di Sukan Sea Laos, tetapi pada masa bukan bererti skuad senior diabaikan.

"Kami akan merancang jadual buat skuad senior dan B-23 kerana walaupun B-23 menjadi keutamaan, skuad senior akan tetap beraksi di beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa mengikut jadual pertandingan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.

"Selain beraksi di perlawanan persahabatan, skuad senior akan turut terbabit dengan Kelayakan Piala Asia dan sudah pasti kami mengharapkan keputusan baik dapat dicatat kerana ia juga mampu membantu meningkatkan ranking skuad kebangsaan.

"Perancangan jadual skuad senior dan B-23 juga akan dipastikan tidak bertembung kerana terdapat juga tujuh pemain B-23 dalam skuad senior seperti Aidil Zaquan dan Zaquan Adha Abdul Radzak."

BH

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...