Skip to main content

Tiga terbaik jadi sasaran utama


SKUAD hoki wanita negara giat berlatih di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil menjelang Piala Asia Wanita Remaja V yang bermula 13 Disember ini.


BUKAN satu tugas mudah buat skuad wanita negara menempah tiket ke Kejohanan Hoki Piala Dunia Wanita Remaja 2009 di Boston, Amerika Syarikat.

Namun berdasarkan prestasi semasa, tidak mustahil bagi anak buah Yahaya Atan merealisasikan impian itu, sekali gus mencipta sejarah layak buat kali pertama pada kejohanan tersebut.

Sebelum mengimpikan tiket ke Boston, skuad negara ada misi yang lebih besar perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

Menamatkan saingan dalam kelompok tiga pasukan terbaik menjadi sasaran mereka pada Kejohanan Piala Asia Wanita Remaja V yang bermula 13 hingga 21 Disember ini di Seremban, Negeri Sembilan.

"Seperti biasa, kami meletakkan sasaran untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pada Kejohanan Piala Asia Wanita Remaja V bulan depan.

"Kemudiannya, baru kami memberi tumpuan untuk menamatkan saingan di kedudukan tiga terbaik untuk memastikan kami layak secara automatik ke Piala Dunia di Boston, Amerika Syarikat tahun depan.

"Dengan pemain yang ada dan persiapan yang telah dilakukan sejak tahun lalu, saya yakin peluang kami cukup cerah meskipun dicabar beberapa pasukan gergasi Asia yang lain," kata Yahaya kepada Kosmo! semalam.

Pada kejohanan yang memasuki edisi kelima itu, sebanyak sembilan pasukan akan berentap.

Skuad negara diundi dalam satu kumpulan bersama dua pasukan gergasi Asia, China dan Jepun selain Pakistan dan Thailand dalam Kumpulan A.

Manakala Kumpulan B menampilkan Korea Selatan, India, Singapura dan Taiwan.

Untuk rekod, kali terakhir skuad negara mengambil bahagian pada kejohanan ini adalah pada tahun 2000, namun mereka terkandas awal di peringkat kumpulan.

Menurut Yahaya, selain 22 pemain berusia bawah 21 tahun yang berlatih bersama skuad elit, dia turut menyerapkan lima pemain baru yang dicungkil bakatnya pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008 di Terengganu lalu.

Malah lapan daripada pemain itu turut menimba pengalaman bersama skuad elit pada kelayakan Sukan Olimpik 2008 di Victoria, Kanada pada 26 April hingga 5 Mei lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...