Skip to main content

Tugas berat Karathu, Raja Azlan Shah


KARATHU (kanan) dan Raja Azlan Shah akan mengemudi Perak bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan.


"SAYA perlu kerja keras."
Itu antara ungkapan awal M. Karathu selepas diumumkan sebagai ketua jurulatih Perak yang baru bagi menggantikan Steve Darby.

Karathu mengakui, dia terpaksa bekerja keras bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap selepas kehilangan ramai pemain berpengalaman.

Antara pemain utama Perak yang berpindah termasuklah Hamsani Ahmad, Nasril Nourdin, Chan Wing Hong, K. Nanthakumar, Azlan Zainal, Hardi Jaafar, Khalid Jamlus dan Shahrulnizam Mustafa.

Manakala ketua pasukan, Ahmad Shahrul Azhar pula dikatakan mengambil keputusan untuk bersara daripada arena bola sepak kerana faktor usia.

"Saya hanya mempunyai tiga pemain berpengalaman dan selebihnya merupakan pemain-pemain muda yang beraksi dalam Piala Presiden musim lalu," jelas Karathu ketika ditemui semalam.

Selain itu, bekas penjaga gol Selangor, Megat Amir Faisal serta dua pemain Perak musim lalu, S. Subramaniam dan Razali Umar Kandasamy merupakan tiga pemain berpengalaman yang disenaraikan dalam skuad Seladang musim depan.

"Saya berharap ketiga-tiga pemain berkenaan akan menjadi tonggak utama kepada pemain-pemain muda yang lain," tambah Karathu yang akan dibantu penolong jurulatih, Raja Azlan Shah Raja Shoib.

Pengumuman Karathu sebagai jurulatih Perak telah dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Beliau (Karathu) dipilih berdasarkan pengalaman luasnya dalam permainan ini dan pernah membimbing banyak pasukan menggondol berbagai piala dalam sukan ini.

"Saya yakin Karathu mampu membawa pasukan ini kembali ke persada bola sepak tanah air walaupun hampir sebahagian pemain adalah pemain muda dari pasukan Piala Presiden yang diketengahkan musim ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pafa bagi tahun 2008/2010 di pejabat persatuan itu di Ipoh semalam.

Karathu pernah membimbing Perak beberapa musim pada tahun 80-an dan membawa skuad Seladang itu menjuarai Piala FA pertama pada tahun 1990.

Mohammad Nizar yang juga Menteri Besar Perak berkata, mesyuarat itu juga membuat beberapa lantikan bagi mengisi kekosongan jawatan Ahli Majlis, Setiausaha, Bendahari dan Pengurus Pasukan.

Anggota Exco kerajaan negeri Jamaluddin Mohd Rodzi dilantik sebagai pengurus pasukan manakala Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Anuar Hashim dilantik sebagai Setiausaha Pafa.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...