Skip to main content

3 kementerian perkuat akar umbi


Ismail Sabri Yaakob


PUTRAJAYA - Pembangunan sukan di peringkat akar umbi bakal mendapat sentuhan baru yang dijamin mampu menjanjikan kejayaan yang lebih besar menerusi kerjasama serampang tiga mata melibatkan tiga kementerian - Belia dan Sukan, Pelajaran dan Pengajian Tinggi mulai tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan menyediakan peruntukan kewangan dan jurulatih manakala Kementerian Pelajaran mencungkil bakat pelajar sekolah sementara Kementerian Pengajian Tinggi menyusuli langkah menggilap terus atlet yang sudah memasuki universiti atau menuntut di luar negara.

"Kalau dulu Program Tunas Cemerlang yang dijalankan cuma bermula di sekolah menengah tetapi kali ini kita mahu mencungkil bakat atlet dibuat sejak sekolah rendah lagi. Kami akan mengeluarkan perbelanjaan dan melatih guru sekolah di bawah jurulatih profesional dan berpengalaman manakala Kementerian Pelajaran cuma menyediakan pelajarnya.

"Apabila atlet itu sudah memasuki institusi pengajian tinggi atau berada di luar negara, kami akan menyusul dengan kementerian berkenaan di mana mereka yang berbakat akan terus dibiayai dari segi elaun latihan bulanan dan pertandingan yang lebih menjimatkan daripada menghantar atlet biasa berlatih di sana," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Ismail Sabri, sebelum ini program pembangunan atlet pelapis didapati cuma dijalankan secara bersendirian oleh kementerian masing-masing, malah beliau sering mengesan tiada kesinambungan dilakukan pada bakat mereka yang hanya terus lenyap sebaik sahaja memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

"Kerjasama ini mampu menjimatkan kos tambang, makan minum dan penginapan bagi penghantaran atlet ke luar negara (program tindik). Kita tidak mahu lagi sukan negara yang mempunyai himpunan besar bakat baru tetapi akibat tanpa kesinambungan, mereka ini langsung lenyap dan gagal dikembangkan," tegasnya.

Katanya, kejayaan atlet IPT negara yang merangkul 90 pingat emas dan bergelar juara keseluruhan buat kali pertama dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) Ke-14 turut membuktikan bahawa ramai mahasiswa berbakat besar yang mampu diketengahkan di peringkat senior antarabangsa seperti Sukan SEA, Asia, Komanwel dan Olimpik.

Menyorot pencapaian Malaysia sejak mengambil alih kementerian pada Mac lalu, Ismail Sabri menyifatkan 2008 sebagai tahun kejayaan besar atlet negara apabila menyaksikan sebutir pingat perak Sukan Olimpik Beijing oleh pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan 10 gelaran skuasy antarabangsa milik Nicol David.

"Secara peribadi, saya menganggap merekalah Atlet Lelaki dan Wanita Terbaik Malaysia tahun ini. Bagi berpasukan pula, skuad badminton lelaki dan wanita. Tahun ini juga menyaksikan pingat pertama kita dalam Olimpik selepas kemarau selama 12 tahun, malah kita meraih pingat pertama (gangsa) Paralimpik sejak 16 tahun lalu.

"Boling kita juga masih antara yang terbaik atau kedua terbaik dunia, begitu juga Safuan Said yang bergelar juara boling padang dunia selain sukan memanah, berbasikal dan wushu yang turut meningkat malah Sukan Belia Komanwel di Pune dan Sukan Pantai Asia di Bali menyaksikan atlet muda kita menyumbangkan beberapa pingat emas," ujarnya.

Ismail Sabri bagaimanapun tidak lupa merujuk kepada kejayaan menyatukan semula dua pihak yang berbalah dalam Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) sejak 2005, malah beberapa persatuan lain kebangsaan, GITF dan MTCA yang sudi duduk semeja dan berunding demi kemajuan dan pembangunan sukan seni bela diri itu.

"Namun, saya agak kecewa dengan kegagalan dua sukan popular kita, bola sepak (pada Piala Suzuki AFF, bulan ini) dan hoki (Kelayakan Olimpik di Jepun) yang disebabkan status yang menjadi perhatian ramai itu, akan mengaitkan pencapaian keseluruhan atau menjadi tanda aras mutu sukan negara sepanjang tahun ini," katanya.

Mengenai persediaan Malaysia menghadapi Sukan SEA Laos, tahun depan, katanya: "Memandangkan tuan rumah lebih suka menampilkan jenis sukan pelik atau sukan rakyat mereka seperti renang sirip dan sepak bulu ayam, kita lebih suka jika cuma atlet pelapis yang dihantar ke sana dan kita mungkin tidak begitu memandang serius terhadap temasya itu lagi.

"Kita sudah kehilangan 32 emas apabila jenis sukan prospek kita ditiadakan di Laos seperti skuasy, hoki, berbasikal trek dan gimnastik serta banyak lagi dan peminat sukan tanah air tidak akan terlalu kecewa sekiranya cuma atlet pelapis yang bertanding di sana, tidak membawa pulang sejumlah besar pingat.''

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...