Skip to main content

Akhiri tahun penuh cemerlang


KEBANGGAAN MALAYSIA... Barisan pemain yang mengharumkan nama negara apabila menjuarai Kejohanan Badminton Masters Final 2008 di Kota Kinabalu Ahad lalu.





TAHUN 2008 menyaksikan ramai atlet Malaysia mencipta nama dalam arena sukan tahan air.

Demikian jelas Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi (gambar) ketika diminta mengulas pencapaian atlet Malaysia sepanjang tahun ini.

"Secara menyeluruh, tahun 2008 merupakan tahun yang amat baik bagi arena sukan Malaysia. Kita akhiri tahun ini dengan amat cemerlang.

"Tiga pemain badminton negara memenangi Kejohanan Masters Final dan kontinjen Malaysia muncul juara keseluruhan dalam Sukan Universiti Asean (SUA) baru-baru ini.

"Secara peribadi, saya fikir sudah tentu Sukan Olimpik merupakan acara paling besar bagi Malaysia.

"Kejayaan Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak adalah satu pencapaian bagi Malaysia terutamanya selepas dua Sukan Olimpik berturut-turut," kata Kok Chi.

Selain Chong Wei, beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan beregu wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui turut menjulang nama Malaysia pada Masters Final 2008 yang berakhir di Kota Kinabalu Ahad lalu.

Manakala kontinjen Malaysia muncul juara keseluruhan pada temasya SUA XIV dengan meraih 90 pingat emas, 78 pingat perak dan 47 pingat gansa.

Kok Chi berkata, acara sukan lain juga patut diberikan pengiktirafan secara adil.

"Kita juga perlu mengiktiraf atlet memanah dan lumba basikal negara... prestasi mereka juga amat baik pada Sukan Olimpik. Prospek mereka bagi Sukan Olimpik 2012 amat baik.

"Dan dalam sukan tertentu, melayakkan diri sahaja sudah merupakan satu pencapaian walaupun prospek pingat amat tipis seperti renang dan olahraga," tambah Kok Chi.

Katanya, MOM dan Majlis Sukan Negara (MNS) akan terus membantu atlet, namun tumpuan akan lebih diberikan kepada sukan yang mempunyai prospek pingat seperti badminton, memanah dan lumba basikal pada Sukan Olimpik 2012 di London.

"Kami sudah mula mempersiapkan para atlet dan kami mempunyai tempoh yang lebih lama untuk membuat persediaan," katanya.

Kok Chi berkata, walaupun Sukan SEA di Laos akan menjadi temasya terbesar buat atlet negara tahun depan, terdapat tujuh lagi temasya melibatkan atlet remaja yang akan menyediakan platform yang betul bagi persiapan menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel pada tahun 2010.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...