Skip to main content

Banyakkan pertandingan, cungkil bakat baru sukan

HASRAT Kementerian Belia dan Sukan untuk memperkenalkan Liga Daerah di peringkat akar umbi sememangnya tepat pada masanya dan perlu dimulakan segera, sebaik-baiknya tahun depan.

Tidak perlu lagi menunggu bagaimana mekanisme yang perlu dilaksanakan kerana permainan dibuat mengikut format liga yang boleh disesuaikan seakan-akan seperti permainan bola sepak Liga Super.

Cadangan Liga Daerah sepatutnya sudah lama diadakan kerana kejohanan seperti itu merupakan antara platform paling baik untuk mencungkil bakat-bakat baru.

Cara ini juga, pada anggapan penulis dapat melahirkan lebih banyak kelab baru yang boleh menyediakan peluang lebih luas kepada pemain yang berbakat.

Dahulu, seingat penulis, liga daerah cukup popular di peringkat akar umbi tetapi adakalanya melalui pasang surut yang tidak menentu disebabkan faktor penajaan dan kewangan yang tidak mengizinkan.

Kesannya, bakat pemain tidak ke mana dan adakalanya terus tenggelam apabila ruang (kejohanan) semakin menguncup di samping tidak banyak pertandingan kompetitif berlaku di persekitaran mereka.

Malah, pemilihan pemain berbakat untuk diketengahkan lebih jauh terpaksa melalui skop tapisan yang terhad dan kebanyakan mereka pula diambil dari sekolah.

Ini menyebabkan kita mengalami kekurangan pemain berbakat sehingga menimbulkan jurang yang begitu ketara, menyebabkan kita terpaksa memanggil semula 'orang-orang lama' turun padang.

Apakah perlu kita mengulanginya setiap kali bersiap untuk kejohanan besar? Kita juga tidak ada ikon bola sepak. Ini hakikat yang perlu kita akui. Setahu penulis, setakat ini belum ada satu nama besar yang begitu hebat dan bola dibanggakan.

Tugas mencari ikon bola sepak juga tidak seharusnya diletakkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semata-mata kerana ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama (akar umbi).

Malah, peminat bola sepak tempatan juga perlu bersikap rasional dalam menanti pembaharuan skuad negara yang sememangnya tidak akan dapat dicapai dalam tempoh yang singkat.

Pelaksanaan Liga Daerah juga tidak sewajarnya hanya tertumpu kepada bola sepak semata-mata, malah rasa penulis ia juga perlu mencakupi sukan teras yang lain.

Kita sebenarnya ada potensi dalam banyak sukan, termasuklah hoki dan sepak takraw yang masih belum terlambat untuk dimasyhurkan semula.

Nama-nama besar seperti Mirnawan Nawawi, Nor Saiful Zaini dan raja libas, Adnan Saidin semakin ditelan zaman tetapi kita mungkin tidak sanggup melihat sukan-sukan besar seperti itu terus malap di kalangan generasi akan datang.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...