Skip to main content

Hati Misbun tetap di gelanggang walau terlantar di hospital

lukmsal@bharian.com.my


CHONG Wei dan Mew Choo melawat Misbun di hospital, semalam. - Foto Khalid Redza.

SEKALIPUN terlantar sakit di hospital, namun fikiran jurulatih badminton kebangsaan, Misbun Sidek tidak jauh mengenangkan keadaan anak buahnya, terutama Lee Chong Wei yang bakal mengharungi saingan Siri Super pertama musim ini di Terbuka Malaysia, minggu depan.

Jiwanya mahu berada di atas gelanggang melatih anak didiknya tetapi apakan daya tenaganya langsung tiada sehingga untuk memegang raket pun sukar tatkala Misbun diserang penyakit yang belum dapat disahkan namanya melainkan diagnosis awal menyatakan dia kemungkinan mengalami jangkitan paru-paru.

Namun, kehadiran anak didiknya, Chong Wei sambil ditemani teman wanitanya yang juga pemain badminton kebangsaan, Wong Mew Choo tampak menaikkan semangat Misbun tatkala kedua-dua bertukar cerita sambil memberi perangsang di antara satu sama lain.

“Saya mahu Chong Wei meneruskan latihan seperti biasa,” kata Misbun dengan nada yang cukup perlahan. “Walaupun saya tiada bersamanya, saya mahu dia menganggap ketiadaan saya itu sebagai satu latihan dalam menghadapi situasi sedemikian ketika pertandingan besar.

“Saya tidak akan sentiasa bersama dengan Chong Wei dalam gelanggang dan saya mahu dia bersedia untuk menghadapi situasi sedemikian. Sebab itu peranan psikologi yang saya tekankan keperluannya sebelum ini amat penting dalam menyediakan Chong Wei menghadapi saat seperti ini.”

Chong Wei, yang menghabiskan masa lebih sejam bersama jurulatihnya, tidak mahu Misbun bimbang akan persediaannya menghadapi Terbuka Malaysia dan kemudian Terbuka Korea Selatan.

“Saya tahu jurulatih (Misbun) mungkin tidak akan bersama saya untuk Terbuka Malaysia dan Korea Selatan,” katanya. “Tetapi itu tidak penting... yang menjadi keutamaan sekarang ialah jurulatih cepat sembuh dan jangan risau mengenai persediaan saya.

“Memang saya ada rasa sedikit bimbang dengan keadaan jurulatih tetapi saya akan pastikan ia tidak akan menggugat persembahan saya di Terbuka Malaysia dan Korea Selatan kerana saya tidak mahu ia turut mengganggu keadaan kesihatan Misbun.

“Lagipun Misbun ada memberitahu saya untuk belajar berdiri sendiri tanpa kehadirannya dalam gelanggang dan saya rasa ia akan memberi saya peluang menilai permainan saya tanpa tunjuk ajarnya,” kata Chong Wei.

Misbun mula diserang lemah badan sebaik pulang daripada menunaikan fardu haji di Makkah 18 Disember lalu dan tiga hari selepas itu terpaksa menjalani rawatan di klinik untuk memasukkan air dalam badannya akibat keletihan.

Walaupun sudah berasa sedikit lega selepas itu, namun rasa lemah badan, rasa kesejukan serta batuk yang berterusan dan semakin melarat memaksa adiknya, Jalani membawa Misbun ke hospital swasta, malam kelmarin untuk mendapat rawatan pakar.

Selain Chong Wei dan Mew Choo, turut mengunjungi Misbun ialah Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlit Datuk Paduka Mumtaz Jaafar dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh.

BH


Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...