Skip to main content

Menanti kilauan emas pertama


HONG WEI (gambar kiri) sumbang pingat perak pada temasya Olimpik di Beijing manakala Nicol meraih gelaran Terbuka British buat kali ketiga tahun ini.



KEGAGALAN jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meraih pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos lepas membuatkan peminat sukan tanah air terus menanti lebih lama bagi menyaksikan sinaran emas pertama negara.

Dunia sukan negara juga terus menyaksikan detik-detik hitam dengan pelbagai kemelut sepanjang tahun ini yang menjejaskan imej sukan selain pembatalan penganjuran sukan antarabangsa yang sepatutnya berlangsung di Malaysia.

Mujur ratu skuasy, Datuk Nicol Ann David terus bersinar di persada sukan antarabangsa dengan mengibarkan megah bendera kebangsaan.

Selepas 51 tahun merdeka, Malaysia masih belum mampu mengungguli sukan yang dipertandingkan di Olimpik sebaliknya lebih menyerlah dalam acara yang tidak dipertandingkan pada sukan terbesar dunia itu seperti skuasy dan boling padang.

Teraju utama di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terlebih dahulu bertukar tangan daripada Datuk Seri Azalina Othman Said kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri kemudiannya meneruskan legasi Azalina untuk mencari emas pertama negara sejak Malaysia mula menyertai sukan terbesar dunia itu pada tahun 1956.

Seramai 33 atlet daripada 19 acara sukan kemudian menggalas harapan Malaysia di Beijing tetapi kilauan emas pada temasya yang berlangsung dari 8 hingga 24 Ogos itu pudar apabila Chong Wei yang melangkah ke perlawanan akhir perseorangan lelaki tewas mudah 12-21, 8-21 kepada bintang China, Lin Dan.

Sehubungan itu, KBS mengadakan Konvensyen Sukan Kebangsaan bagi menentukan acara sukan yang mampu memberikan emas pertama Malaysia pada temasya Olimpik serta memberi tumpuan kepada acara Sukan Asia, Komanwel dan SEA.

KBS sebelum itu memulakan proses mengemaskini Dasar Sukan Negara yang menentukan hala tuju sukan di negara ini dengan memasukkan beberapa jenis sukan baru seperti sukan ekstrem.

Sepanjang tahun ini juga, dua atlet utama, Nicol David dan Chong Wei serta jurulatih badminton negara, Misbun Sidek menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk.

Nicol menunjukkan persembahan konsisten sepanjang dua tahun berturut-turut selepas memenangi kejohanan berprestij Terbuka British buat kali ketiga tahun ini selepas mengunggulinya pada tahun 2006 dan 2005.

Semenjak bertukar status menjadi pemain profesional pada 2000 hingga kini, Nicol memenangi 86 kejuaraan Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA.

Malang bagi Nicol dan skuasy apabila acara ini tidak tersenarai dalam temasya Olimpik biarpun ada usaha menyenaraikannya pada Olimpik 2012 di London.

Selain skuasy, boling padang juga sering menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia, namun sukan ini seringkali tidak diberi perhatian.

Malaysia kini berada pada ranking ketiga dunia di belakang New Zealand dan Australia dan atlet lelaki, Safuan Said diiktiraf sebagai pemain boling padang No. 1 dunia selepas memenangi pingat emas di Warilla, Australia pada April lepas.

Pembatalan beberapa penganjuran acara sukan peringkat antarabangsa yang sepatutnya berlangsung di negara ini turut mendapat perhatian kerana memberi impak negatif kepada imej negara.


SAFUAN masih kekal selaku pemain No. 1 dunia dalam acara boling padang.


Pembatalan Piala Juara-Juara Belia (CYC) yang sepatutnya diadakan pada Ogos lepas mendapat liputan luas media selepas kejohanan belia yang membabitkan pemain-pemain bawah 19 tahun itu gagal mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku badan induk bola sepak negara.

Kemelut ini masih berterusan apabila KBS masih menunggu jawapan daripada penganjur Gifted Group Limited (GGL) yang berpangkalan di London untuk mendapatkan kembali sejumlah wang RM8 juta yang telah dibayar kepada GGL dengan kos penganjuran sebenar RM17 juta.

Pembatalan Kejohanan Raja Tenis yang sepatutnya berlangsung di Esplanade, Pulau Pinang pada awal November juga mencemarkan imej negara bila kejohanan yang sepatutnya menampilkan pemain tenis dunia dari Amerika Syarikat dan Eropah tidak mendapat lampu hijau daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).

Masalah dalaman persatuan kadangkala menjadi tumpuan utama berbanding sukan itu sendiri.

Dua kes dalaman yang melibatkan kepimpinan Persatuan Pemain Golf Profesional Malaysia (MPGA) dan Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) masih di peringkat penyelesaian di PPS dan turut melibatkan kes mahkamah.

Namun isu pergeseran peribadi yang melibatkan pengarah Pusat Latihan Prestasi Tinggi (HPTC) Asia di Bukit Jalil, Mohd. Musa Noor Mohd. dan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim paling mendapat perhatian.

Kedua-dua pemimpin sukan olahraga yang mewakili dua institusi yang berbeza itu seolah-olah mahu mencari siapakah jaguh dalam menaikkan mutu sukan olahraga di Malaysia sehingga pergeseran mereka mendapat perhatian Ismail Sabri.

Isu perpindahan ibu pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), AFC House yang terletak di Bukit Jalil turut mencemarkan imej Malaysia.

Biarpun sehingga kini masih belum ada kata putus mengenai perpindahan itu kerana keputusan tersebut hanya akan dimuktamadkan pada mesyuarat kongresnya pada November tahun depan, dua negara teluk iaitu Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah menawarkan diri dengan membida lokasi baru ibu pejabat kesatuan yang mewakili 46 persatuan bola sepak dari Asia. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...