Skip to main content

Mengharungi tekanan di Colombo


BARISAN bawah 14 yang akan bersaing di Sri Lanka.



WALAUPUN tersentak dengan penarikan diri Afrika Selatan dua minggu lepas, Kejohanan Kriket Trofi Melayu Antarabangsa VIII di Colombo, Sri Lanka masih diteruskan oleh penganjur, Kelab Sukan Moors.

Presiden Moors, Shafeek Rajabden mengumumkan kepada media di Colombo semalam bahawa pihaknya akan mempertaruhkan tiga perlawanan 50 over dalam acara senior walaupun Melayu Malaysia hanya menyenaraikan barisan bawah 19.

Katanya, bagi acara remaja bawah 14, tiga pasukan akan mengambil bahagian iaitu Moors, Melayu Malaysia sebagai juara bertahan dan pasukan kuat, CCC School of Cricket dari Sri Lanka.

''CCC menjadi pilihan kerana mereka adalah rakan rapat Persatuan Kriket Melayu Malaysia termasuk sekutu penting Moors,'' kata Rajabden yang juga anggota parlimen Sri Lanka.


SHAM... Ketua rombongan Melayu Malaysia.


Melayu Afrika Selatan adalah juara bertahan acara senior dan ketidakhadiran mereka pada saat akhir disebabkan kekalutan ekonomi yang melanda negara itu berikutan paras mata wang negara itu, rand merudum teruk berbanding dolar Amerika Syarikat.

Ketua rombongan Melayu Malaysia ke Sri Lanka, Sham Jalil pula menganggap ketidakhadiran Afrika Selatan tetap menyemarakkan penyertaan skuad berkenaan yang bertanding mulai 19 hingga 25 Disember.

"Kami terpaksa menghantar pasukan bawah 19 kerana memberikan peluang kepada skuad ini menerima pendedahan berkualiti di peringkat antarabangsa sebelum bersaing dalam Piala Asia Bawah 19 tahun depan.

"Apa pun peluang untuk menumbangkan Moors didapati sukar kerana pasukan lawan merupakan antara dua pasukan terbaik dalam liga utama Sri Lanka,'' katanya.

Antara yang bakal mengepalai barisan bawah 19 ialah pembuka pukulan kebangsaan, Faris Almas-Lee bersama penjaga wiket, Shafiq Sharif, Aminudin Ramly, Syazrul Ezat Idrus dan Zaid Asyraf Norazmi.

Untuk pasukan bawah 14, Melayu Malaysia menampilkan pasukan yang akan bertarung dalam Piala Asia Bawah 15 bulan Mei depan di Singapura.


FARIS ALMAS-LEE... berhadapan serbuan awal.


Di samping bersaing dalam acara remaja Trofi Melayu Antarabangsa, pasukan negara akan bertanding dalam saingan merebut Trofi Nelson Mendis bermula 11 Disember. Kejohanan 30 over itu disertai 40 pasukan termasuk dari India dan Pakistan.

Trofi Melayu Antarabangsa merupakan kejohanan yang diilhamkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999 yang disokong oleh Kelab Kriket Melayu Colombo dan Kelab Kriket Ottoman dari Afrika Selatan.

Kelab Kriket Melayu Colombo tidak aktif selepas pertandingan tahun 2003 dan Kelab Sukan Moors mengambilalih tanggungjawab mulai tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...