Skip to main content

Nicol cari pencabar baru

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

Nicol (kanan) ketika menyertai latihan kecergasan Gatorade Sweat Test di Pusat Skuasy, Bukit Jalil semalam. Nicol kini berada di Malaysia untuk berehat panjang sebelum menghadapi musim baru tahun depan.


KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David menjangkakan pemain England seperti Jenny Duncalf, Alison Waters dan Laura Lengthorn-Massaro serta jaguh Mesir yang bergelar juara Kejohanan Berpasukan Dunia, baru-baru ini mampu menggugat kedudukan nombor satu miliknya sepanjang tahun depan.

Katanya, kemampuan pencabar di tangga kelima, keenam dan kelapan ranking Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA) itu selain Omneya Abdel Kawy dan Raneem El Weleily serta Engy Kheirallah tetap dialu-alukannya demi menjanjikan persaingan yang lebih hebat dan menarik.

Ditemui selepas menjalani 'Ujian Keringat Menghidrat Gatorade' bersama pemain lain di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, semalam, tegasnya, "saya tidak gemarkan keselesaan (selaku No. 1 dunia) tetapi masih mahukan ada pemain lain yang mengasak kedudukan saya kerana saya juga mengidamkan cabaran baru.

"Tahun depan, cabarannya tentu lebih menarik dengan peningkatan pemain England seperti Jenny, Alison dan Laura yang bakal mencabar dan sentiasa bersemangat di samping barisan juara dunia dari Mesir. Saya fikir, ia satu tahun persaingan yang bagus untuk saya dan mereka," katanya.

Nicol, 25, kekal di takhta dunia WISPA dengan mengumpul 10 gelaran sepanjang tahun ini iaitu Terbuka Apawamis, Terbuka Kuala Lumpur, Terbuka Britain, Terbuka Seoul, Terbuka Malaysia, Master Singapura, Terbuka Belanda, Terbuka Dunia, Klasik Qatar dan Terbuka Hong Kong.

Gadis kelahiran Pulau Pinang ini turut menganggap telah memiliki hadiah Hari Natal idamannya lebih awal dengan merampas semula gelaran Terbuka Britain dan Dunia sekali gus mampu menjalani musim cuti bersama keluarga sepanjang bulan ini dengan perasaan yang hebat dan lapang.

"Saya rasa saya sudah dapat apa yang dikehendaki untuk Hari Natal - Terbuka Dunia dan Britain. Saya tidak boleh mahukan lebih daripada itu. Tahun depan, saya harap dapat lakukan yang sama dan cuma perlu konsisten dan tidak mensia-siakan sebarang peluang serta sentiasa berkeadaan terbaik," katanya.

"Selepas bercuti, saya mungkin hanya kembali beraksi dalam Terbuka Kuala Lumpur (Mac depan) kerana saya dapat tahu, Terbuka Apawamis di New York, bakal ditunda dari Januari. Jika ia berlaku, saya perlu merombak jadual persediaan dan pertandingan saya," katanya.

Anak didik jurulatih Australia, Sarah Fitzgerald dari Amsterdam, Belanda ini berkata, dia hanya akan memilih antara 10 hingga 12 kejohanan yang bertaraf Emas untuk disertai sepanjang tahun depan dengan kebanyakannya bergantung kepada keadaan ekonomi dunia semasa.

Sementara itu, ujian oleh Institut Sains Sukan Gatorade (GSSI) yang turut melibatkan pemain lain seperti Elvinn Keo, Affaeq Abedeen, Ng Joo Wern, Zul Azri Abdul Aziz Azhar dan Delia Arnold itu menganalisis cecair badan dan elektrolit mereka seperti natrium dan fosfat yang hilang ketika latihan dan bertanding untuk digantikan dengan minuman sukan penguat tenaga itu.

Kata Ketua Penyelidik GSSI, Barrington, Amerika Syarikat, Dr. Shi Xiaocai, "hidrasi merupakan faktor penting dalam menentukan prestasi atlet. Jika cecair badan dan elektrolit menerusi peluh keluar ketika bermain, tidak digantikan cepat, ia mampu mengakibatkan mereka mengalami nyahidrat, kekejangan otot dan kelesuan atau pitam."

Antara atlet terkenal yang pernah diuji Gatorade ialah Ronaldinho, Kaka dan Frank Lampard (bola sepak); Maria Sharapova (tenis), Tiger Woods (golf) dengan ujian dimulakan secara menimbang berat badan, menampalkan penyerap peluh, berlatih dan menimbang semula untuk mengumpulkan maklumat mengenai cecair badan mereka yang hilang dan yang perlu digantikan.

Jelas Xiacai, "ramai atlet dan orang yang aktif menyangka mereka minum cukup air sebelum mereka bersenam. Tanpa disedari, mereka mengalami nyahidrat dan terpaksa mengambil cecair secara mendadak malah akibatnya, latihan mereka kurang memberangsangkan."

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...