SELEPAS berjaya dalam misinya untuk merampas kembali Terbuka British dan Terbuka Dunia pada 2008 ini, ketibaan cuti Krismas hadir tepat pada waktunya buat pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Nicol David dengan ia memberikannya peluang untuk ‘mengecas baterinya’ sebelum kembali melancarkan serangan ke atas jelajah profesional pada 2009 ini.
Nicol yang sudah pulang ke tanah air akan kembali ke negeri kelahirannya, Pulau Pinang bagi Hari Natal ini, melepaskan kerinduan terhadap ibu bapanya sambil berkongsi kisah kejayaannya merangkul rekod 10 gelaran berturut-turut musim ini.
“Saya akan pulang bercuti di Pulau Pinang selama seminggu, sambil menikmati hidangan ayam belanda panggang.
“Saya tidak mengimpikan tahun yang lebih baik daripada ini, ia adalah keputusan terbaik yang pernah saya kecapi. Terbuka British, Terbuka Dunia, saya tidak memikirkannya ketika memasuki tahun ini.
Ujian peluh yang bertujuan untuk menentukan tahap hidrasi atlit, dilakukan bagi mendidik atlit dan orang ramai mengenai pengambilan cecair badan yang betul untuk meningkatkan prestasi mereka.
Perancangan 2009 akan menyaksikannya terbang ke Melbourne, Australia pada Januari ini untuk kembali berguru bersama mentornya, Sarah Fitzgerald.
Begitu pun, perancangan pemain berusia 25 tahun itu terpaksa diubah sedikit pada tahun ini memandangkan kejohanan pembukaan yang lazim disertainya, Terbuka Apawamis, New York pada setiap Januari ditangguhkan sehingga tarikh yang belum diketahui.
“Saya akan ke Melbourne daripada Januari hingga Februari untuk bersama Sarah Fitzgerald. Kejohanan pertama yang akan saya sertai adalah Terbuka KL pada Mac. Latihan saya selepas itu akan diteruskan dengan Liz Irving,“ katanya.
Comments
Post a Comment