Skip to main content

Podium sukan


WONG PEI TTY (kanan) dan Chin Eei Hui cipta kejutan pada tahun 2008.


TIADA catatan luar biasa yang dilakar atlet negara sepanjang tahun ini. Namun, kegemilangan sukan negara tahun ini dimulakan dengan kejayaan pemain boling padang lelaki negara, Safuan Said.

Safuan juga merupakan juara dunia bawah 25 tahun pada 2005 dan pemenang pingat emas dalam acara beregu pada Kejohanan Boling Padang Asia Pasifik tahun lalu.

Beliau muncul juara dunia pada Kejohanan Boling Padang Dunia awal tahun ini. Walaupun hanya segelintir atlet sahaja berjaya melakar nama di pentas antarabangsa, namun 2008 dianggap sebagai tahun gemilang bagi sukan negara. Namun, wujud kekecewaan dalam beberapa sukan utama termasuk bola sepak.

Kien Keat dan Boon Heong yang pernah menggegar gelanggang badminton antarabangsa tahun lalu kembali berada prestasi terbaik dengan muncul juara dalam acara beregu lelaki.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$500,000 (RM1.81 juta) itu turut menyaksikan pasangan Eei Hui dan Pei Tty mengungguli acara beregu wanita.

Dalam pada itu, pentas sukan boling juga menyaksikan lahirnya beberapa pemain muda berpotensi tinggi menerusi kejayaan yang dipamerkan kontinjen negara pada Kejohanan Boling Komanwel V pada November lalu.

Paling mencuri tumpuan adalah kejayaan pemain wanita berusia 16 tahun, Sin Li Jane. Dia meraih dunia pingat emas masing-masing dalam acara Individu Wanita dan Masters Wanita sekali gus memastikan Malaysia muncul juara keseluruhan.


AZIZULHASNI permata baru sukan lumba basikal.


Turut mencipta nama adalah pemain lelaki, Muhd. Nur Aiman yang meraih emas acara individu lelaki dengan rekod baru iaitu 1,539 jatuhan pin.

Di lapangan lumba basikal, pelumba sensasi negara kelahiran Terengganu, Azizulhasni Awang mencatat sejarah menjadi pelumba pertama negara berjaya memenangi pingat emas pada perlumbaan basikal trek Piala Dunia yang berlangsung di Melbourne, Australia bulan lalu.

Dalam acara keirin yang mendebarkan itu, Azizulhasni menewaskan pelumba Ukraine, Andriy Vynokurov yang berada di tempat kedua.

Pentas olahraga tempatan turut diserikan dengan beberapa kejayaan.

Paling memberangsangkan adalah kejayaan jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei meraih emas pada Kejohanan Olahraga Terbuka China Mei lalu dengan ketinggian 2.27 sekali gus layak ke Sukan Olimpik atas kategori B.

Catatan itu turut memadam rekod kebangsaan 2.24m milik bekas jaguh lompat tinggi, Loo Kum Zee.

Sementara itu, cabaran sukan negara bagi tahun 2008 turut diserikan lagi dengan kejayaan kontinjen muda negara yang muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Universiti Asean (SUA) ke-14 minggu lalu.

Pada temasya hampir dua minggu itu, kontinjen negara berjaya mengumpul 90 pingat emas, 79 perak dan 47 gangsa untuk mengatasi pencabar terdekat, Vietnam yang sekadar mengumpul 45 emas, 28 perak dan 23 gangsa.

Mengangkat nama Malaysia


DATUK LEE CHONG WEI


PADA Sukan Olimpik Beijing, Malaysia pulang dengan kilauan pingat perak, sekali gus menamatkan penantian 12 tahun tanpa sebarang pingat. Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak dalam acara badminton perseorangan lelaki.

Sebagai penghargaan kepada Chong Wei, beliau dianugerahkan gelaran Datuk oleh negeri kelahirannya, Pulau Pinang sejurus kejayaannya di bumi China itu.

Chong Wei turut menutup pentas 2008 dengan kejayaan paling manis selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Final Masters di Kota Kinabalu minggu lalu.

“Ini adalah kejayaan paling bermakna buat saya selepas kegagalan saya dalam beberapa kejohanan utama sebelum ini,” jelas Chong Wei. Bersama-sama Chong Wei meraikan kejayaan itu adalah gandingan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong serta pasangan sensasi wanita, Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty.

Kien Keat dan Boon Heong yang pernah menggegar gelanggang badminton antarabangsa tahun lalu kembali berada prestasi terbaik dengan muncul juara dalam acara beregu lelaki.

Nicol terus cemerlang


DATUK NICOL DAVID


Acara skuasy tidak pernah menghampakan menerusi Datuk Nicol David. Pemain kelahiran Pulau Pinang itu seperti dijangka berjaya mengekalkan momentum kegemilangannya untuk menguasai pentas 2008 dengan kejayaan meraih sepuluh gelaran utama.

Paling menceriakan adalah kejayaan Nicol merampas kembali kejuaraan Terbuka British dan Terbuka Dunia selain mengukuhkan kedudukannya selaku pemain No. 1 dunia sejak tahun 2006.

Selain Terbuka British dan Terbuka Dunia, Nicol juga unggul pada kejohanan Terbuka Apawamis, Terbuka Kuala Lumpur, Terbuka Seoul, Terbuka Malaysia, Singapura Masters, Terbuka Belanda, Terbuka Qatar Classic dan Terbuka Hong Kong.

“Saya tidak mengimpikan tahun yang lebih baik daripada ini, ia adalah keputusan terbaik yang pernah saya kecapi. Kejayaan merampas kembali Terbuka British dan Terbuka Dunia adalah satu kejayaan yang besar,” jelas Nicol.

“Tahun ini juga, saya tidak memikirkan untuk memenangi kesemua kejohanan. Pada tahun depan saya hanya memikirkan untuk mengekalkan tahap fokus dan konsisten saya.”

Kejayaan Nicol bergelar juara dunia dalam sukan skuasy pada tahun 2008 bukan lagi pencapaian luar biasa.

Sebagai penghargaan kepada sumbangannya, Nicol dianugerahkan Datuk oleh Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas,

pada 12 Julai lalu.

KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...