RATU lompat bergalah negara, Roslinda Samsu (gambar) tidak menghadapi masalah untuk meraih pingat emas pada hari terakhir acara olahraga Sukan Universiti Asean (SUA) XIV di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
Roslinda melakukan lompatan dengan ketinggian 4.00 meter, sekali gus mengetepikan atlet Filipina, Buenaventura Riezel (3.60m) dan rakan senegaranya, Kathleen Ong (3.50m) yang masing-masing meraih perak dan gangsa.
Roslinda berkata, dia gembira dengan pingat emas yang diperoleh meskipun gagal mengatasi catatan peribadinya iaitu 4.40m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Dunia di Barcelona tahun ini.
"Saya puas hati dengan pencapaian hari ini (semalam), memandangkan saya baru turun menjalani latihan," kata Roslinda semalam.
Roslinda menambah, dia menaruh harapan untuk terpilih mewakili Malaysia pada Kejohanan Sukan Universiti Dunia di Serbia tahun depan.
"Ramai atlet yang beraksi pada Sukan Olimpik masih lagi menuntut di Univer- siti. Sudah pasti saya mahu beraksi dan bersaing kepada mereka jika diberi peluang nanti," katanya.
Sementara itu, atlet lompat tinggi wanita negara, Wong Boon Syian turut me- nyumbang emas apabila melakukan lompatan dengan ketinggian 168m.
Dua pingat perak yang diraih skuad olahraga negara semalam ialah menerusi Yaakob Mohd. Hasrulnizam dalam acara lempar cakera lelaki dan Mohd, Najib Nasharuddin (deklaton lelaki).
Manakala pingat gangsa dimenangi Riduan Mohd. Jironi dalam acara 1,500 meter lelaki.
Comments
Post a Comment