Skip to main content

Tahun yang cemerlang - Ismail


"IA tahun yang saya anggap hebat. Atlet kita telah memperlihatkan kecemerlangan baik di pentas antarabangsa mahu pun kebangsaan."

Itu pengakuan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diminta mengulas prestasi sukan negara sepanjang tahun 2008.

Entah apa agaknya yang dimaksudkannya hebat.

Adakah kejayaan meraih pingat perak pada Sukan Olimpik atau sebaliknya.

Sedangkan sepanjang tahun ini hanya badminton yang dilihat menyerlah berbanding sukan lain.

Dia berkata: "Tahun ini, sukan negara telah mencapai satu kejayaan yang besar. Kita bukan sahaja berjaya di pentas Olimpik malah Paralimpik.

"Datuk Lee Chong Wei menghadiahkan pingat tunggal Malaysia di Sukan Olimpik apabila meraih perak dalam acara badminton perseorangan lelaki sekali gus mengakhiri penantian selama 12 tahun.

"Pada temasya Paralimpik pula kita telah meraih pingat gangsa selepas menunggu selama 16 tahun menerusi Siow Lee Chan dalam acara powerlifting."

Menurutnya, kejayaan tidak terhenti setakat itu sahaja malah diteruskan pada kejohanan bertaraf dunia yang lain.

"Kejayaan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan beregu wanita, Chin Ee Hui-Wong Pei Tty ketika membantu negara merangkul kejuaraan Masters Final di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini membuktikan bahawa negara tidak ketandusan jaguh.

"Kita bukan sahaja meraih kejayaan menerusi acara badminton tetapi juga dalam acara lain seperti sukan boling, memanah, menembak, karate dan lumba basikal.

"Saya juga bangga dengan kejayaan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang berjaya mengekalkan status sebagai pemain No. 1 wanita dunia untuk tahun kedua berturut-berturut termasuk memenangi 10 kejuaraan," ujar Ismail.

Ismail menambah, kejayaan-kejayaan tersebut bukan sahaja diraih menerusi atlet elit malah turut disumbangkan atlet remaja negara.

"Apa yang membanggakan, musim ini kita dapat meraih kejayaan bukan sahaja menerusi atlet elit tetapi juga menerusi atlet remaja.

"Bagi saya ia secara tidak langsung membuktikan bahawa negara telah berjaya melahirkan atlet pelapis yang mampu diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi," jelas Ismail.

Ismail berkata, kejayaan itu tidak dapat dilihat oleh segelintir masyarakat Malaysia yang amat 'obses' tentang kegagalan skuad bola sepak dan hoki negara.

"Segelintir masyarakat Malaysia menganggap sukan negara masih berada di tahap yang kurang memuaskan hanya kerana kegagalan skuad bola sepak dan hoki.

"Bagi saya, kita perlu buang sikap ini. Jangan kerana satu atau dua kegagalan kita terus membuat ulasan bahawa sukan negara berada di takuk lama.

"Perlu lihat sukan-sukan lain serta kejayaan yang dilakar di pentas antarabangsa.

"Sebagai sebuah negara yang kecil berbanding negara-negara seperti India dan sebagainya, kita ada dua atlet (Nicol dan Chong Wei) yang menduduki ranking utama dunia. Jadi, adakah kita masih gagal?," kata Ismail.

Begitupun, Ismail berkata, KBS sentiasa memikirkan cara-cara untuk meningkatkan lagi mutu sukan negara dari semasa ke semasa bagi melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.

"Setakat ini, kita ada Nicol dan Chong Wei tapi KBS sememangnya mempunyai perancangan untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia seperti mereka," ujarnya.

Ditanya mengenai perancangannya bagi musim depan, Ismail berkata: "KBS akan memperbanyakkan lagi program akar umbi. Kali ini kita akan mulakan seawal usia tujuh tahun.

"Saya peka bahawa ramai atlet negara yang berjaya di sini (dalam negara) tapi bila beraksi di peringkat antarabangsa mereka gagal.

"Dengan itu, saya juga berhasrat untuk memberikan lebih banyak pendedahan kepada atlet dengan menghantar mereka berlatih dan beraksi di luar negara selain penekanan dari segi psikologi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...