Skip to main content

Angkat berat: Campur tangan menteri selesai masalah PABM




KUALA LUMPUR - Kemelut yang melanda atlet angkat berat remaja negara mengenai isu jurulatih selesai apabila campur tangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas berjumpa dengan wakil Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) semalam.

PABM dilanda masalah selepas lima atlet angkat berat remaja yang dinaik taraf menjadi atlet pelapis elit memulaukan sesi latihan apabila membantah tindakan PABM yang memaksa mereka mengikuti latihan di bawah kendalian jurulatih Bulgaria, Stefan Stefanov.

''Perkara ini sudah selesai apabila saya berjumpa dengan mereka (atlet angkat berat remaja) dan membincangkannya dengan lebih mendalam,'' katanya selepas perjumpaan itu.

Sehubungan itu katanya, empat atlet elit dan lima atlet pelapis elit akan dilatih jurulatih dari China, Lin Xin Hui buat sementara waktu selepas Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta PABM mendapatkan seorang lagi jurulatih.

''Ia terpulang kepada PABM untuk mendapatkan jurulatih dari mana tetapi dalam cadangan sebelum ini mereka mahukan jurulatih dari China dan Indonesia.

''Bagaimanapun buat sementara waktu ini Xin Hui dan Zakaria Yusof akan melatih mereka, manakala Stefan akan menjadi jurulatih atlet remaja bukan elit,'' katanya.

Lima atlet pelapis elit terbabit ialah Mohd. Shafiq Ismail kategori 56 kilogram, Aricco Jumith (62kg), Mohd. Hafifi Mansor (69kg), Mohd. Faiz Musa (94kg), Mohd. Zafrin Zulkifli (105kg).

Sementara itu, beliau juga turut memaklumkan KBS akan menunggu kertas cadangan dari MSN mengenai kejohanan Mini Olimpik yang bakal diadakan Ogos ini.

''Perkara ini telah dipersetujui dalam Konvensyen Sukan tahun lalu dan kejohanan ini akan melibatkan beberapa acara sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.

''Ia akan diadakan secara terbuka dan tiada had peringkat umur serta berbeza dengan Sukan Malaysia (Sukma) yang diadakan setiap dua tahun sekali berbanding kejohanan tersebut setiap tahun,'' katanya.

Tambahnya, acara yang dipertandingkan pada Sukma kebanyakannya melibatkan beberapa acara yang tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik seperti boling, skuasy dan sepak takraw.

Beliau juga membayangkan akan menjemput negara luar menyertainya tetapi akan membincangkan mengenainya terlebih dahulu kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...