Skip to main content

Beng Hai mula tugas pertama


SKUAD hoki negara akan berdepan misi pertama tahun ini dengan mengharungi kempen Piala Sultan
Azlan Shah, April depan.


BEKAS jurulatih skuad hoki remaja negara, Tai Beng Hai berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain skuad senior selepas memulakan tugas pertamanya sebagai pengendali sementara petang semalam.

Beng Hai yang dilantik mengganti- kan Sarjit Singh bukan ini, mempunyai pengetahuan yang luas terhadap keupayaan sebenar pemain negara kerana kebanyakan daripada mereka pernah dibimbingnya ketika menjadi pembantu jurulatih skuad remaja pada 2004.

Selepas Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) memutuskan untuk merombak semula skuad senior dengan menyerapkan pemain remaja yang beraksi pada Kejohanan Piala Dunia Remaja di Rotterdam pada 2004, Beng Hai mungkin tidak berdepan masalah untuk mencari formula terbaik di kalangan pemain muda yang pernah dilatihnya itu.

"Saya rasa tidak ada masalah yang akan timbul kerana saya kenal gaya permainan mereka (pemain) dan mereka juga pernah berlatih dengan saya ketika menjadi pembantu kepada Sarjit ketika Piala Dunia Remaja 2004 di Rotterdam," kata Beng Hai.

"Selepas latihan pertama hari ini (semalam), saya berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan pemain. Ini membukti- kan fikiran mereka tidak terjejas dengan situasi yang melanda hoki negara ketika ini.

"Cuma saya lihat tahap kecergasan pemain masih belum memuaskan," katanya lagi.

Beng Hai juga memberitahu, dia mengekalkan kesemua 30 pemain skuad kendalian Sarjit ini kerana menganggap mereka masih mempunyai kualiti tersendiri.

"Saya masih mengekalkan semua 30 pemain daripada skuad tahun lepas kecuali S. Kuhan dan Jiwa Mohan," katanya.

"Lagipun, inilah pemain muda yang berkualiti di negara kita setakat ini dan saya juga kenal kemampuan masing-masing," ujar Beng Hai.

Beng Hai mula membimbing skuad remaja negara pada 2006 setelah Sarjit dilantik sebagai jurulatih skuad senior.

Namun, dia meletak jawatan pada 2007 kerana masalah peribadi sebelum kembali semula sebagai pembantu jurulatih skuad wanita.

Selepas PHM tidak melanjutkan kontrak Sarjit yang tamat 31 Disember lalu dan masih mencari jurulatih asing yang sesuai untuk mengubah masa depan skuad negara, Beng Hai mungkin akan terus membimbing skuad ini buat sementara sehingga pengganti itu ditemui.

Misi pertamanya ialah Piala Sultan Azlan Shah pada April depan dan sekiranya PHM masih gagal mencari jurulatih asing, maka Beng Hai mungkin meneruskan tugasnya dalam kempen Piala Asia.

KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...