Skip to main content

Cedera himpit skuad takraw


PEMAIN Malaysia, Mohd. Azlan Mubin (kiri) akan menjalani pembedahan lutut kanan yang semestinya memerlukan rehat yang panjang.


KUALA LUMPUR - Usaha untuk memantapkan skuad sepak takraw kebangsaan menjelang Sukan SEA di Laos penghujung tahun ini tampak terjejas setelah dua apit kanannya bakal berehat panjang akibat kecederaan.

Skuad bimbingan Haris Abd. Rahman itu tidak akan dapat menggunakan khidmat pemain apit kanan berpengalaman, Mohd. Azlan Mubin untuk tempoh sekurang-kurangnya setengah tahun.

"Dia baru sahaja menjalani pembedahan di lutut sebelah kiri dan akan menjalani pembedahan untuk lutut kanan dalam masa terdekat yang semestinya memerlukan tempoh rehat yang panjang," katanya di sini, semalam.

Haris berkata, ketika pemain berusia 26 tahun itu mewakili negara pada Sukan Universiti ASEAN bulan lepas, dia telah pun mengalami kecederaan.

"Selain Azlan seorang lagi pemain apit kanan yang juga saya anggap sebagai 'killer' yang berpotensi ialah Helmi Heri yang mengalami kecederaan buku lali yang memerlukan rehat sekurang-kurangnya empat bulan," ujarnya.

Haris berkata, ketiadaan dua pemain utama itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk melatih pemain lain untuk bermain di posisi itu, dengan tujuh pemain kini giat menjalani latihan di kompleks Majlis Sukan Negara, Keramat.

Mengenai sasaran Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk memenangi sekurang- kurangnya satu pingat emas di Sukan SEA Laos, Haris menjelaskan, perkara itu boleh direalisasikan jika tiada sebarang kecederaan dialami pemain.

Bagi program tahun ini, skuad kebangsaan akan memulakan perlawanan ujian dengan kelab di seluruh negara selama dua hari bermula Sabtu depan dengan lebih 20 pasukan telah mengesahkan penyertaan.

Selepas itu, mereka akan menyertai Kejohanan Jemputan Piala Pusingan Tuanku Raja Muda Perlis pada 6 hingga 8 Februari ini.

"Kejohanan di Perlis bakal menguji pemain-pemain kita kerana terdapat beberapa kelab dari Thailand akan menyertai pertandingan itu," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...